Assalamualaikum Admin dan warga KRT
Saya cuma nak kongsi kisah hidup saya,saya Aina janda ank satu. Selepas 2 thun hidup sndiri aku brtemu kawan lama aku di zaman bujang dulu. Roslan nama nya. hubungan yang pada mula nya hanya kawan brakhir dengan prnikahan atas kehendak org tua.. Alhamdulilah semua nya di permudah kan. dah msok tahun kelima pun prkahwinan kami. Dalam masa lima thun ne macam2 yang trjadi pada diri aku. aku cerita kan satu prsatu ya…
Dalam masa 5 tahun ne 3 kali aku mngandung dan keguguran. tahun pertama aku mngandung brtahan 2 bulan je. bukan rezeki kami lg. Tahun 3 aku mngandung lagi, masa kandungan aku 3 bulan. satu malam tu perot aku trasa skit yang amat sngat seperti mahu melahir kan aku jugak dpt rasa kan ada ssuatu yang akan keluar lantas aku mngejut kan suami, suami bngun dan mnghidup kan lampu bilik, aku smpat melihat jam waktu mnunjuk kan pukul satu lebih. dalam keadaan kesakitan yang amat sngat aku bngun trus ke bilik mandi (dlm bilik) semantara suami mmasang cd ayat rukiah. aku ingin lihat apa yang akan keluar dri kemaluan ku. setengah jam aku duduk di bilik mandi namun takda apa2 pun yang keluar dan kesakitan brkurangan.
Aku terlena dengan alunan ayat rukiah, tersedar apa bila azan subuh berkumandang di subuh yang sunyi cuba bngun walau pun keadaan sngat lemah ketika itu, dalam keadaan bilik yang terang aku dapat melihat dengan jelas nya baju,cadar katil brwarna merah darah. ini brmakna aku. Suami mmbawa aku kehospital dokter mngesah kan yang aku bnar2 keguguran untuk ke 2 kali nya.. aku mmandang muka suami yang suram aku tahu dia kecewa dengan apa yang jadi tapi dia redha klau itu ketentuan nya….
Thun ke4 aku mengandung sekali lagi tapi suami tak mnunjuk kan yang dia hapy sblik nya penuh kerisauan sboleh nya dia tak mahu tgok aku mnangung kesakitan lg hanya kerana aku ingin mmberi zuriat pda nya. Awal kandungan ne semua nya ok je msok bulan ke 3 aku kena ke hospital untuk chekup, semasa dokter buat scan dokter kata kandungan cantik tapi. kandungan awk ne kosong yang ada cuma kantung nya je. Waktu tu sumpah aku tak boleh nak fikir.. brbrapa hari yang lepas makcik aku tukang urut bayi baru je pegang prot aku (bukan urut ya) tgok kedudukan janin makcik aku ckp dah bsar bby nya dan dia meletak kan tangan aku kat perut yang ada denyutan nadi bby,aku dpt merasa kan denyutan dan gerakan di dalam perut ku.
Tiba2 pgi ne dokter ckp kandungan aku kosong. apa yang aku harus bgi tau suami akan hal ini, aku bingung. Dokter mmangil suami meneranga kan msalah kandungan ku, dokter jugak mmberi tahu yang kantung di dlm perut ku perlu di kluar kan (cuci). apa yang dpt aku kata kan hanya lah redha dengan ketentuan nya…
Ayah kawan suami imam masjid agak pndai jugak tgok bnda2 macam ne, menurut dia anak dalam kndungan aku telah pun diambil oleh ssorang yang tak nak tgok kami hidup bahagia dengan ada nya anak. apa2 hanya Allah yang tau kebenaran nya..
Ok pat aku mngandung dah setel ne pat kehidupan aku pulak. 2 tahun prkahwinan aku semua nya ok, suami pulak kerja di luar daerah tgal lah aku brdua di rumah,semingu skli suami akan pulang.. Thun ke 3 aku mula skit2 selera mkan kurang, bercakap pun kurang aku lebih selesa jdi pndegar. msa tu mata ne payah sngat nak tdo bila badan tak sehat mod nak tgok tv mmang ke laut lah lepas solat isayaak aku membuta lah. yang pelik nya tengah malam dalam pukul 1,2,3 pagi mata aku mesti trjaga sndiri macam2 bunyi yang aku dgar dari dalam umah hinga lah keluar umah…
Aku ne sbnar nya penakut yang amat sngat org nya. tapi bila aku dngar macam2 bunyi tu prasaan ingin tau dan dri mna dtg nya.. Ada satu malam tu aku trjaga dri tdo disebab kan suara riuh rendah dibelakang umah ku seolah2 ada majlis kenduri …aku bngun dan mmbuka pintu belakang nak tgok apa yang trjadi bila pintu trbuka suara yang riuh tdi tiba2 hilang yang ada hanya lah kegelapan malam.. Besok pagi2 sekali lagi aku cuba tinjau kat belakang umah nak tau kisah mlm tdi,tapi yang ada hanya lah kebun kelapa sawit dan tak da apa2 trjadi….
Malam seterusnya aku terjaga lagi bila aku terdegar suara orang mngaji diruang tamu, mula nya aku sangka kan suara mengaji tu datang nya dri tv, mungkin sdmasa nak tido tdi anak aku lupa tutup tv, aku keluar dri blik dan suara tdi hilang macam tu je. Bunyi org bjalan dlm umah dan luar umah bukan lg pelik bgi aku,aku cuma kata yang aku tak kacah kau dan kau tak yah nak kacau aku…(berani dlm takut sbnar nya)…
Di pendik kan cita psal aku skit pulak brmula dri klinik hinga kehospital,senang cita nya hospital tu dah jadi umah no2 aku,macam2 tes yang aku kena buat smpai bngkak2 tngan kena cucuk kesudahan nya dokter ckp aku takda skit apa2 pun.. Mil aku paksa suami bwak aku brubat kmpong dri bomoh ustad perubatan islam semua aku g, pantang ada yang kata brubat kat situ,sana,sinun bagus org nya pndai mngubat bnyak dah org baik brubat dengan dia…suami aku tak ckp bnyak trus bwak aku g tmpat tu…duit untuk brubat ne tak yah ckp lah kan janji aku baik tu je harapan suami…
Macam2 cara dieorg tu mngubat aku mandi air batu satu besen bsar smpai aku tak boleh brnafas,dah lah aku ne asma.. Yang guna keris kecik dicucuk2 kat badan aku pun ada yang guna besi kuning, yang guna rotan untuk pukul badan aku.. sebelom dia baik kan badan aku,aku yang rasa kesakitan nya macam nak mati.. Setiap kali lepas brubat badan aku jadi lemah,suami lah yang brsusah payah angkat aku bwak blik.. tak kurang jugak ada ustad dan perubatan islam yang tak sngop nak mngubat kan aku alasan nya ilmu dieorg tu tak cukup kuat. boleh dikata kan semua yang mngubat aku mngata kan bnda yang sama,aku kena buatan org/santau barang nya pulak dihantar dri jauh dri seberang (hanya Allah yang tau)dah penat brubat tapi msih sama je keadaan aku mugkin blom jodoh kannn…
Tahun lepas aku ada brubat dengan sorang ustad ne dia cuma bgi aku air mandi dan dia pesan kat suami penawar untuk apa pun pnyakit ada lah surah Al Fatihah yakin lah kesembuhan hanya pda Allah… Dan jika istri sakit ada lah lg bagus klau suami dpt mngubat kan sndiri cara nya setiap kali lepas solat mntak istri baring di pangkuan suami dan suami baca kan surah Al Fatihah berserta ayat 3kul serta surah2 pndik yang lain tiup di kepala smpai kekaki di smping itu jgn putus brdoa inshaaAllah pasti ada kesembuhan nya dengan izin Allah…itu lah yang suami buat hinga ke hari ini…
Aku nak bgi info skit psal ex suami,mana lah tau nnti kata aku sondol suami org sebab tu aku skit.. sumpah aku tak kenal pun ex suami, aku jumpa dengan suami setelah dieorg brcerai.. apa yang aku tau dri adik2 ipar dan mil ex suami aku seberang, ex suami aku ne kawin pun sebb duit je, dia pernah bbrapa kali mengandung tapi setiap kali dia tau yang dia mngandung pasti dia gugur kan tu yang mil aku sedih sngt. mil aku cita jugak ex suami ne dah beli umah tanah kat seberang sana. bnyak lah lg yang mil aku cita tapi aku tak pernah tnya kat suami pulak …tu masa silam dia tak perlu aku tnya kut
Umah yang aku dduk ne pun etak suami prnah dduk jugak. Suami kerja apa….
Suami aku contrekter (sory klau salah eja yang pnting korang faham ok lah tu)tapi yang biasa2 je tak lah kaya stakat ada lah duit skit2 Alhamdulilah lah. Ok ne pat lah sory lah klau cita aku ne bosan ya. Aku dpt rasa kan penawar untuk semua kesakitan aku ne ada lah suami aku sndiri dia yang tak pernah mngeloh mnjaga aku mmandi kan aku mngangkat ke tandas ketika kaki aku tak kuat untuk melangkah, pinjam kan lengan untuk aku lena ketika mata ne payah sngat nak trpejam. sebelom kluar g kerja suami akan pasti kan keadaan aku selesa dia akan mandi kan pasti kan aku mnum segelas susu bgitu jugak blik rehat tgh hari trus ke bilik dengan segelas susu,ptg dan jugak malam itu lah makanan aku susu,selera untuk mkanan yang lain2 hilang bila aku tak sehat…
Ada msa nya aku lebih rela mnum air kosong je jemu hari2 aku hadap susu tapi suami sabar mmujuk aku supaya mnum jugak susu untuk tenaga kata nya. Di pendik kan cita andai benar lah sakit yang aku alami hinga ke hari ini atas prbuatan org sapa pun org nya aku dah pun maaf kan nya.. aku angap segala kesakitan selama 3thun ada lah balasan Allah trhadap dosa2 silam yang aku laku kan tampa aku sedar…..bukan kan sakit itu pnghapus doa. Aku jugak percaya setiap yang trjadi ini semua nya dengan izin Allah klau Allah tak izin kan pasti semua tak kan trjadi aku redha dengan takdir nya….
Suami pulak, aku pernah mintak supaya dia brnikah satu lg sebab nya aku tak mampu nak bagi dia zuriat dan mnjadi nak jadi istri yang smpurna untuk dia tapi suami mnjawab.. Abang tak perlukan ank lain cukup lah yang ada sorang ne… abang rakan bahagia jika ank dan istri abang sntiasa ada dengan abang…abang nak mma(aku lah tu)tau yang abang sayaang kan mma lebih dri diri abang sndiri…tiada kata yang dpt aku gambar kan selain brsayaukur kerana Allah pinjam kan dia yang brnama suami untuk ku.. Maaf andai cita ne mmbosan kan maaf jugak klau susunan ayat brterabur tapi aku dah cuba buat yang trbaik. Trima kasih min sudi siar kan cita aku ne
Trima kasih warga krt sudi baca kisah hidup aku smpai ke akhir nya. waktu aku menaip ne aku msih lg trbaring di katil doa kan kesembuhan aku ya semua.. Assalamualaikum




