Assalamualaikum. Saya ibu 3org anak 1 tahun 3 tahun 5 tahun.. Saya tak tahu kat mana saya harus minta pendapat dan pandangan selesaikn masalah saya. Harap warga KRT dapat bantu saya tanpa beri kecaman. Hidup saya betul2 kesakitan dalam diam. saya sangat2 letih. orang ada anak tau lah macam mana. dapat husband pulak tak reti nak memahami, menghargai apetah lagi. nak makan pun tangan cacat tak reti nak ceduk sendiri sedangkan semua dah terhidang. Tak nampak ank merengek nakkan ibunya..
Langsung tak boleh lebih kurang dengan saya.. nak saya layan dia macam raja tapi saya? macam kuli tak bergaji. totally kerja rumah semua saya buat daru basuh baju mandi makan anak kemas rumah pingan dia sekeping satu je tu pun pemalas taknak basuh letak kat singki. macam mana nak tukar mindset suami yang sbenarnya kerja2 smua ni adalah kerja sama2? tak larat bantu weekday pun takpalah weekend tu boleh tolong saya.. tapi ni tak bantai tido smpai petang. sebab lewat tido layan game..
kadang makan kena sekat2 sebab nak bayar hutang, kadang saya jual online dapat la sikit lepas keinginan saya.. tapi tolong saya poskan barang pun susah sedangkan duit tu juga saya blanja dia makan sedap2. saya letih sangat2 bila letih anak2 jadi mangsa lepas kemarahan kadang sampai berbirat. saya tak boleh dengar ank2 merengek nangis. dlu saya tak macam ni. saya takut kalo berlarutan time saya marah saya hilang waras kt ank2.. saya betul2 perlu pandangan mcm mana saya nak ubah nak perbetulkan.. sunguh mental fizikal saya penat. sekarang saya asingkan tempat tidur n semua makan pakai dia saya tak uruskan. tapi sama saja dia buat mcm takda apa2 berlaku. apa lagi saya perlu buat warga KRT?




