salam min harap boleh share kisah saya psl ex husband gila talak sampai ke hari ini dah 3 tahun bercerai masih kacau saya. Saya tahu dia akan baca post ni sbb dia dan kawan2 Followers tegar KRT. Kisahnya dulu pada 2012 saya kahwin 4 thn setengah dengan ex husband, ex panas baran dan mudah naik tangan, baru kahwin dah makan penampar kat muka kiri kanan, kami tiada anak, saya pernah mengandung tapi kerap gugur. Hasilnya badan jadi gemuk sampai 80kg ,suami tak bagi pergi gym atau bersenam sebab takut sukar mengandung. Dia tak bagi saya bergaya lebih, tak bagi selfie,tak bagi mekap tapi last2 suami di akhir perkahwinan berlaku curang dengan perempuan slim melim, sksi, bergaya, bermekap tebal, social, rambut blonde dan lebih muda.
Ok saya tak kisah, saya tinggalkan dia dengan mulakan hidup baru sehelai sepinggang satu harta benda dari rumahtangga kami saya langsung tak amik. Setelah bercerai tahun 2017, ex husband kahwin baru di Thailand secara diam2 dengan salah seorang GF dia. Saya pula selepas bercerai mula pasang badan pergi gym, jadi slim, mula bergaya, sampai orang panggil Janda Hot. Ramai laki nakkan saya apatah lagi perniagaan produk kesihatan yang saya asaskan menjadi laris satu Malaysia.
Perkara ini ex husband tak boleh terima dan dia sanggup upah blogger untuk buat post burukkan perniagaan saya. Dia sabotaj bisnes saya setiap hari. Walaupun ex husband dah berkahwin baru dia masih meroyan,gila talak, dan selalu update burukkan pasal saya di Facebook melalui akaun Fake dan akaun wife dia. Dulu sebelum ceraikan saya, dia selalu psik0 kata saya mandul, janda lob0s, perempuan sund*l dan macam-macam lagi. Saya ignore je sebab saya kesian tengok dia macam orang gila hari2 dok sebut dok stalk saya di segala media sosial. Ditakdirkan tahun lepas 2018 saya berkahwin baru dengan seorang lelaki bujang yang jauh lebih baik,penyayang dan berkerjaya.
Dia selalu manjakan saya, dia bagi duit saya shopping baju baru, dia selalu sweet dengan saya dan gambar-gambar sweet kami selalu dipaparkan di Fb dan ex husband tengok semua ini dan dia tak puas hati. Suami baru tak pernah angkat tangan mahupun tinggikan suara. Saya Kahwin baru 3 bulan dah mengandung. Ex husband tak boleh terima sampai update di facebook kata saya fakekan pregnancy padahal ada bukti ultrasound dari hospital, rekod doktor semua. Suami baru saya juga pernah sound dia di FB dan ajak jumpa di Balai polis tapi dia takut.
Allah tu Maha Adil atas perbuatan Ex husband saya mengganggu rumahtangga saya, ditakdirkan Ex husband pula yang bercerai dengan bini baru kerana cemburu buta dan pukul. Bini baru siap contact saya di instagram dan tunjukkan gambar2 kena pukul semua. Bini baru bagitahu saya walaupun mereka berkahwin ex husband 24 jam stalk saya di social media setiap hari. Hati ex husband tak tenang tengok saya dah bahagia. Selepas dia bercerai kali kedua lagi teruk dia ganggu rumahtangga saya. Boleh kata hampir setiap hari dia post pasal saya di Fake facebook account dan cuba memburukkan saya. Dia ganggu bisnes saya sampai buat Facebook page semata-mata nak bebas kutuk dan edit gambar saya macam2 di sana.
Saya tak melenting atau balas balik pun malah Saya dan suami rasa kesian dekat dia sebab sekarang dah nak masuk 3 tahun dah bercerai tapi dia masih gila talak kat saya. Lagi dia update pasal saya, lagi suami baru rasa yakin yang dia buat pilihan yang tepat untuk memilih saya. Saya tidak sangka kehilangan saya dalam hidup ex husband boleh berikan impak yang sangat besar dalam hidup dia. Betullah apa orang cakap kita hanya akan rindukan seseorang hanya apabila kita kehilangan dia. Ayat2 dan post dia di Fb tentang saya menggambarkan orang yang mental depression. Saya takut dia bunuh diri je. Dia gigih cuba menarik perhatian saya setiap hari seperti orang berdendam.
Selepas kami bercerai dia hilang segalanya Allah swt balas cash. Sedang bercerai ketika itu dia berfoya2 di kelab malam sampai perniagaan lingkup, BMW 5 series kena tarik, harta benda kena jual dan dia sekarang ada motor cabuk je. Harapan saya dengan baca post ini bukalah mata dia untuk terima hakikat Saya dah bahagia dengan hidup saya sekarang. Ex husband ada degree ada bakat ada kepandaian lain, lebih baik fokus tingkatkan potensi tersebut daripada asayaik menganggu hidup saya.
Apa saja yang dia nak lakukan sekarang dah terlambat, dia tak boleh patah balik masa. Saya dah moveon. Jadikanlah kisah saya sebagai ikhtibar wahai suami semua. Warga KRT, tolong bagi komen di bawah agar ex husband saya baca dan dapat teruskan kehidupan dia macam biasa. Saya kesian dekat dia. Kalau boleh saya nak bagi ex husband saya pada mana-mana perempuan yang kesunyian agar dia dapat isi masa dia yg lapang tu.




