Assalamualaikum Hide profile ni yer, saya pinjam fb kawan. Saya dah kawin 7 tahun.. Ada anak lelaki sorang umur 5 tahun.. Saya tak kerja sebab nak jaga anak.. Anak saya 0KU.. pendapatan cuma pada suami yang kerja kilang.. Alhamdulillah cukup makan pakai untuk kami tiga beranak.. Sebelum raya tahun lepas suami ada beli kereta (myvi) untuk kemudahan kami tiga beranak (sebelum ni ada motor je).. Lepas raya tiba2 suami kata tak mampu nak sara saya dengan anak dan terus tak bagi belanja walau sesen pun dengan alasan nak bayar kereta..
Bukan je tak bagi belanja tapi dengan dia2 sekali hilang.. Call banyak kali tak berjawab, kadang2 tutup fon.. Lepas sebulan hilang, suami ada mesej bagitau, dia terpaksa cari kerja tempat lain yang gajinya tinggi sikit tapi tetap jugak dia tak bagi belanja.. Masa tu saya dah start meniaga kuih depan sekolah, usung anak sana sini bawak pegi jual kuih.. Suami langsung tak cari.. Call pun tak guna, bukan jawab pun.. Saya cuba sabar, tunggu dia balik.
Sampai lah minggu lepas saya jumpa satu akaun Facebook ni DP sebijik muka suami yer memang betul suami saya tapi dia dah kawin lain baru je kawin tahun lepas.. Baru dapat myvi dah gatal tambah isteri isskk.. Saya punya sakit hati ni dah macam takde rasa dah.. Dah puas sangat nangis.. Saya dah mesej dia tapi kena bluetick je.. Takpe lah mungkin dia tengah bahagia.. Doakan saya kuat untuk besarkan anak saya.




