Assalamualaikum admin.. suami kerap main PUBG.. saya terasa hati sangat dan dia seolah olah tidak mahu berubah… balik kerja terus main PUBG… ada satu kali tu main BIGO.. saya pernah tegur dia main BIGO.. dia cakap “aku main game tak boleh aku main BIGO tak boleh aku lepak dengan kawan tak boleh .. habis nak aku berkepit dengan kau je”..
masa tu saya nekad tak nak ambil tahu dan tegur apa yang dia buat…sebab terasa dengan kata kata dia.. padahal setiap hari dia balik kerja akan melepak dengan kawan dia sampai pukul 12 malam.. main game.. balik rumah sambung main PUBG di komputer dia sampai dia mengantuk.. kalau dia main PUBG orang tak boleh kacau.. bila kita bercakap dengan dia pon tak diendahkan atau dia x dengar langsung..
Pernah masa tu saya bertanya dia sesuatu semasa main game tiba2 dia mati dalam game terus dia macam marah marah.. ini awak lah yang kacau saya sampai mati dah .. tadi kami balik dari petang tadi sampai sekarang dah pukul 2 pagi dia masih main game.. bila saya tegur dia kata esok cuti.. habis kalau cuti memang kena main game sampai pagi ke?
Ada satu kali tu saya keluar dengan suami.. saya pergi ambil barang dia tunggu dalam kereta sebab tiada parking… saya sudah ambil barang saya tengok dia main pubg… lepas tu saya terasa nak buang air kecil.. saya pergi cari toilet tapi toilet dah beralih ke tingkat atas dan lif di sana crowded kalau nak naik tunggu lama …saya nak naik tangga dah penat.. saya terus pergi ke kereta dengan harapan suami akan segera drive dan cari petrol station yang terdekat. Tapi bila saya mintak dia gerak terus dia boleh marah2 saya cakap kacau dia main game. Saya kecil hati dan saya berbohong kepada dia beritahu saya boleh tahan buang air kecil tu.
Dan saya tunggu dia hampir 20 minit baru habis main game. Dan saya ingat dia akan terus ke petrol station yang berdekatan rupanya dia terus balik ke rumah. Bayangkan berapa lama saya menunggu.. hampir 45minit.. dan bila sudah nak sampai di rumah baru dia berhenti di petrol station.. itu pun bukan sebab saya nak buang air kecil tapi sebab minyak kereta dah nak habis.. saya betul2 kecil hati kerana dia lebih pentingkan game daripada saya… saya diam dan tahan air mata.. pura2 tiada apa2…
Dan pernah juga saya sedang memasak di dapur tiba2 hujan lebat saya mintak dia tutupkan jendela tetapi langsung dia tak hiraukan… pernah juga ketika memasak saya meminta dia pertolongan tapi akhirnya saya yang buat sebab dia tak akan tinggalkan game dia.. Jujur saya katakan saya betul2 kecil hati sampai saya fikir saya dah tak nak tegur apa pon yang dia buat.. dia nak main game ke nak layan bigo ke nak lepak tak nak balik terus pon tak apa. Sebab saya rasa saya ni dah tak penting…




