assalamualaikum admin ..tolong share apa yg saya ingin sampaikan dan hide identiti saya ni ye.. tq. saya baru sahaja mendirikan rumah tangga dalam 6 bulan. tetapi dalam tempoh yg pendek ini dah banyak benda yg membuatkan saya stress dengan family sebelah suami saya.Dari awal kami kahwin lagi saya dah nampak perangai mentua saya terutama ibu dan neneknya.. pelbagai dugaan yg kami hadapi semasa ingin mendirikan masjid. Bukannya hubungan tak direstui , tapi.. sikap mentua saya yg terlalu mengongkong anak-anaknya menyebabkan semua ni terjadi. Biasanya ,yang kita lihat sebelah pihak perempuanlah yang selalu sedih ,menangis untuk melepaskan tanggunjawab mereka terhadap ank perempuan mereka. Ini pula tidak, pihak lelaki yg menangis-nangis nak lepaskan ank lelaki mereka. Padahal suami saya tu ank sulung kepada bapa baru.
Perkahwinan lama ibunya dulu dah dikurniakan 3 anak lelaki iaitu abang2 suamiku.. ak rasa di hari perkahwinan ku yg seharusnya aku rasa bahagia ,menjadi 1001 kesedihan yg aku akan rasa sampai sekarang. Dengan semua benda aku uruskan sendiri. dari segi barang2 hantaran pihak lelaki dan perempuan. dari A sampai Z..Tiada 1 pn pertolongan daripada pihak mentua. nak minta tolong ibuku di kampung , terlalu jauh dan ibuku pula sudah uzur nk dibandingkan dengan ibu mentuaku yg jauh lebih sihat dari ibu ku.
Di hari majlis perkahwinan, ibu dan nenek suami ku menunjukkan muka yg sedih. Tiada langsung keceriaan di wajah mereka untuk menyambut aku sebagai keluarga baru mereka.Mereka datang macam tetamu yang tak ada kena-mengena dengan majlis. Datang dengan rombongan,makan, bergambar dan terus balik. Masa tu, aku rasa maruah keluarga aku dipijak-pijak. Aku lihat wajah sayu ibuku yg menemani aku disisi.aku tahu dalam hatinya begitu sedih melihat anaknya diperlakukan sebegitu dihari yg paling penting dalam hidupnya. Aku memang sudah tidak boleh menyimpan perasaan sedih dan marah aku ni. Air muka nak bergambar pn dah tak elok.
Setelah berkahwin, aku mengambil langkah berjaga-jaga. Iaitu tinggal berasingan daripada ibu bapa kami. Aku dan suami ingin berdikari. Tapi, rumah sewa kami tak jauh mana pn dari rumah mentua aku.
Aku dah naik muak dengan perangai mereka. Ibu mentua aku suka pura-pura sakit supaya suamiku dapat berikan nafkah dan mengunjungi dia selalu. Sedangkan keluarga aku lansung tidak meminta apa-apa. Selalunya mereka yg datang melawat aku dan suami di sini. Keluarga aku tinggal jauh dari rumah sewaku. Jadi, aku hanya dapat pulan 1 hari dalam sebulan. Mentua aku jenis yg suka dengki bila tau aku dan suami pulang ke kampung. Padahal bukannya selalu. Tiap-tiap bulan ibu mentuaku meminta wang daripada suami ku. Kadang-kadang aku tak faham , apa yg dia buat dengan duit yg diberikan adik beradik suami ku yg lain. Suami ku mempunyai 6 adk brdik lelaki dan 1 perempuan. Dua dah berkahwin termasuk suami ku dan yg lain masih bujang.
Untuk pengetahuan semua , mentua ku ni jenis orang tua moden. Suka makeup, dan berhias diri. Memang patutlah duit bulan2 tak cukup. Tambahan pula bapa mentuaku ,tak nak bekerja.kalau kerja pn dalam 2 bulan dah nak berhenti. Macam2 alasan yg dia bagi. Sedangkan dia masih sihat untuk menanggung keperluan keluarganya. Suamiku la tempat mereka meminta duit. Pura-pura duit hilang la, macam2 lakonan yg mereka buat. Rumah kami sendiri pun belum lengkap sepenuhnya, inikan pula nak tanggung orang lain. Kalau cakap nak pinjam pun, last2 takkan bayar juga. Sebab tu duit anak dia katanya. Bila tengok suami aku belanja apa2 dekat aku , mesti ibu mentua aku dengki. Adalah ayat2 dia yg suka buat lakonan tu.
Pernah sekali suami aku bawa aku pergi honeymoon sampai sana kami post2 gambar tengah jalan2 tiba2 mentua aku whatapps suami aku marah2. Katanya suami aku pergi mana2 x bagitahu dia,dah mcam membelakangkan mak ayah. So, sehari tu dah rosakkan mood kami. Yela ,bila aku dapat tahu mak dia cakap macam tu memang aku naik hantu la.. Hati sakit ,stress.pergi jauh ingatkan nk hilangkan stress , tpi dia muncul jugak. Maybe tak nak aku bahagia dengan suami aku kot. Entah la min.. Ni sekadar perkongsian aku sahaja. Aku cuba untuk positifkan diri , tapi setiap kali aku cuba , ada je dia buat aku sakit hati. Dah tu, macam mana la nk baik kan.. Harap perkongsian ini akan dapat hilangkan stress yg tengah nak datang sekarang ni.hahaa.. Asslmualaikumm…




