Salam admin. Minta admin hide profile FB saya ni. Saya nak meluahkan perkara yang dah lama terpendam dlam jiwa saya ni. Perkara ni mengenai sikap suami saya. Sejak kami berkahwin dalam beberapa tahun ni, saya banyak makan hati dengan sikap suami saya. Yang pertama, selama saya jadi isteri dia, dia langsung tak menjamah masakan saya. Bila saya masak, saya ajak dia makan ada sahaja alasan yang diberi. Kata dah kenyang. Dah makan kat luar td.
Bila dia time cuti tidak bekerja, klu nk masak, dia hanya suruh saya bantu sediakan bahan masakan. Macam kupik bawang, tumbuk cili, perkara2 macam tu la. Tapi yang masak lauk tu dia. Segala perisa semua dia yang tentukan. Tapi bila masakan dari anak2 nya sendiri, pemberian lauk dari jiran dan masakan dari adik beradik nya dia jamah. Tapi masakan saya langsung dia tak sentuh.
Saya pernah tnya perkara ni padanya. Saya kata padanya awk minta saya jalankn tanggungjawab sebagai isteri awk, tapi bila saya sediakan makanan untuk awk, masak untuk awk, langsung awk tidak jamah. Macam2 alasan awk bagi. Sekiranya ada salah dlm penyedian masakan saya yang awk nampak, tegur la. Saya tak marah. Saya akan cuba perbaiki. Tapi bila saya cakap macam tu dia kata saya ni saja nak cari masalah dengan dia.
Yang ke 2, saya tak pernah halang apa perkara yang dia lakukan, seperti hobinya. Dia minat memancing, minat dengan ikan2 perhiasan ni. Saya tak pernah halang. Tapi bila perkara yang saya buat, ada je takkena dimata dia. Walaupun dia tak berkata secara terang terangan tapi dari reaksi wajah dia dan gelengan kepala nya menampakkan yang dia tak suka apa aktiviti yang saya buat. Baru2 ni saya ada buat mainan anak saya, dan saya ada buat gubahan bunga, saya buat sendiri Sebagai perhiasan rumah tapi dia macam tak suka.
Bila saya tanya, dia kata tak kesah tapi jagan sampai menyusahkan diri dia. Saya pelik dan saya bertanya, apa maksudnya? Adakah maksud dia jgn menyusahkan tu bermakna jgn minta duit darinya untuk beli barang2 tu semua. Dia kata itu salah satunya lah. Terasa saya. Bagi dia benda yang saya buat tu takmendatangkn faedah, membazirkn duit. Sedangkan saya beli barang2 untuk buat benda tu semua dari duit gaji saya. Sejak saya berkahwin dgn dia, saya tak pernah minta dia belikan barang kemas saya, tak pernah minta dia belikn saya kereta, apatah lagi rumah ke.
Saya tahu dia tak mampu. Tapi dalam tanggungjawab zahir dia pada saya banyak diabaikan. Saya tahu keadaan ekonomi dia. Saya pernah bersuara padanya sekiranya pekerjaan sekarang yang dia lakukan ni tidak boleh lagi menampung pembelanjaan keluarga kita, cari la lain pekerjaan. Tapi dia tetap takendahkn. Awk masih ada tanggungan. Tanggungan pada saya sebagai isteri awk, tanggungan pada anak2 awk yang berada bawah jagaan ex wife dia. Tapi tu la ibarat saya bercakap tu macam curah air ke daun keladi. TAKada apa2 reaksi dan tindakan.




