salam. saya guna fake akaun.. jadi takde aibkan sesiapa.. buat suamiku. maafkan aku. aku belum mampu untuk jadii isteri yang sempurna.. buat anak2 ku… maafkan mama sayang.. mama tak mampu nak bela nasib nasib anak2 mama saat anak2 mama menangis kesakitan…aku seorang isteri. punya anak dua. dua2 perempuan. aku suri rumah.. suamiku seorang tentera yang di segani… di tmpt keja, dia di snjung. di rumah, dialah raja. segala makan pakai hari2 aku sediakan. tak lebih dan juga tak kurang.. aku usahakan atas semampu dayaku.
suami ku seorang yang bertanggungjawab. hal nafkah tak pernah dia lupa. tiap2 bulan dia beri aku duit. cukup untuk beli segala keperluan aku.. malah lebih lg. segala susu pampers makan anak2 semua dia tggung.. yang aku kesal. dia seorang yang panas baran…
tak boleh ada hal yang tak baik sikit pon.. dekat aku memang dia tak pernah naik tgn. tapi sentiasa hampir2 naik tgn saat aku pertahanakan anak2 aku…..
nama pon budak2. 3 tahun dan 1 tahun…
bila anak degil dia suka pukul. pukul teruk2. seolah anak2 dh besar. dan setiap kali tu juga la kami akan bergaduh. sebab aku di katakan mnjkan anak2. aku pon fhm. kalau pukul sikit2 tu di namakan ajar anak. tapi klu pukul teruk2, itu nama nya nak bun*h anak. dahi anak aku ada parut… Masa anak umur 2 tahun dia baling pinggan kena dahi anak, bibir pernah pecah sebab kena tampar badan jangan cakap la asal main sepah je mesti badan anak2 aku brbirat…. tak tahu macam mana nak cakap lagi..
Sampai anak aku dah trauma dengan bapak diorang sndiri.. sekarang hati aku dah matti…. takda rasa cinta.. takda rasa sayang.. yang ada hnya tnggugjawab sebagai isteri semata2.. bg aku, suami boleh di cari ganti. tapi anak tiada ganti.. doakan aku terus kuat untuk jalani kehidupan yang mndatang brsama2 anak2 aku…




