Assalamualaikum min. Hide profil saya ya Macam mana nak mula ya. Senang cerita macam ni min. Sekarang saya tengah pregnant. Last trimister. Anak kedua. Tengah menghitung hari. Doakan kelahiran saya ni dipermudahkan, anak dan ibu selamat ya semua.
Masalahnya ada pada suami saya dia terlalu ikutkan kata mak dia. semua kenduri dia akan minta suami saya hantarkan. Kami duduk asing dgn MIL. Perjalanan ambil masa 30-40min untuk sampai rumah MIL.Kita kena pick up dia dekat rumah then bawa ke kenduri. Kenduri tu pun jgn cakaplah jarak dia.
Then kami hantar dia balik ke rumah. Last step kami balik rumah sendiri. Bukan nak berkira min, tapi saya dah nak due ni, nak lah bermanja dengan suami semua. Nak dia layan saya. Delama pregnancy ni suami tak pernah teman saya pergi check up. Semua saya buat sendiri. Sampailah ke hari² terakhir saya nak due ni. Yang saya lebih terkilan, MIL saya dah booked siap2 nak minta hantar ke kenduri dekat suami sehari sebelum due dan masa saya dalam pantang nanti. Memang benda ni nampak simple min, tapi perkara ni dah nak masuk 6 tahun.
Dan saya masih mampu bersabar sampai ke hari ni. Cuma saya mintak, masa saya nak due and dalam pantang suami ada dengan saya. Tu aje. Bila saya cuba luahkan perasaan saya ni, saya yang kena marah balik dengan dia. Alasannya, siapa nak hantar mak dia kalau bukan dia
Persoalan sekarang, kalau mak dia penting sangat pada dia, habis tu saya dengan anak dalam perut ni tak penting ke untuk dia? Letih saya menangis tapi dia tak ambil peduli pun. Huh. Tu jelah min. Terima kasih post masalah ringan ni min.




