Salam min hide profile aku ya saja nak share min. umur aku 25 anak aku yng sulong umur 5 tahun yng kecik 4 tahun. dua ii lelaki. Setiap tahun bila nak dekat raya je mesti aku teringat ape yng pernah jadi kat aku dengan anak2 aku 3 tahun lepas sebab aku dengan anak2 kena tinggal tengah tido malam seminggu lgi nak raya.. Jika sebelum ni Allah memberi aku amanah untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami tapi aku tak dapat menjalanakan dengan sempurna hingga hilang dan runtuh segalanya..
Kemudian allah beri pula amanah dan tanggungjawab sebagai seorang ayah untuk membesarkan dua orang anak yang banyak membuatkan aku belajar erti hidop bersabar banyak memberi aku kekuatan..jatuh bagun hidup aku semua dorang ada dan rasa..dari merangkak aku jaga sampailah berlari yang dorang tau dalam hidup cuma ada ayah je..dari mula kenal dunia sampai lah hari ni jangan dikatanakan “ibu” itu siapa, “ibu” itu ertinya apa pon dorang tak tahu…sakit ke happy ke yng dorang tau hanya ada ayah untuk becerita..
Kadang terfikir jugak apa salah anak ii aku sampai jdi mangsa ditinggalkan “ibu” sendiri dari kecik… TAKtau hati dia letak kt mana smpai tak boleh rasa ape psl anak ii dia.. Kadang ape yng kita mintak dalam hidup allah tak bagi..tapi allah akan beri kan pulak ape yng kita perlukan dalm hidup.. Harap dia dapat temui bahagia yng dia nak sampai sanggup tinggal kan anak2 dia…
“Ya Allah terima kasih kurniakan anak ii yang banyak membuatkan aku tersedar dlm hidop, Mudahan anak ii ini yng akan menutup aib aku yang banyak di akhirat kelak. Anak ii aku nie lah ladang pahala aku. Anak ii aku ni lah sekrng yang akan selalu sibukkan aku dengan kerenahnya sehingga Aku tak ada masa untuk nak membuat dosa, Semoga Anak ii aku yng dapat tarik aku yang jahil ke syurga.”




