assalamualaikum admin dan warga krt
saya seorang istri dah 15 tahun berumah tangga,sepuluh tahun lepas nak kata saya bahagia tu tak jugak, saya rasa macam kuli je kat rumah ku sendiri. semua kerja rumah masak mengemas membasuh ngantar ngambik anak sekolah aku sendiri yang buat. tapi aku masih bersyukur sebab saya boleh hidup dengan orang yang saya sayang
suami saya ni jenis baran pernah jugak naik tangan pada saya tapi kalau pada anak tu kerap jugak la marah pukul tengking sampai budak tu takut di buatnya
dalam usia 10 tahun perkawinan aku ambik keputusan untuk bekerja sebab aku tak pernah merasa pegang duit sendiri jangankan beli baju yang cantik beli lipstik pun pakai yang rm 2 tu pun ciri ciri beli
suami aku memang tak pernah bagi duit dekt aku,dia kata nak buat apa makan minum tempat tinggal dia sediakan
tapi tu la aku tak beza jauh macam kuli/hamba kat rumah benda kecik suka di perbesar sampai lah pergi tesco. Cari barang dapur lambat sikit boleh dia tinggal aku macam tu je ngan takde duit nak bayar. sampailah balik aku jalan kaki dukung ank aku umur 8 bulan masa ni aku masih lagi bersabar aku masih sayang dia. ok aku pun dapat kerja gaji rm 3k. wah seronok gila masa tu
tapi keseronokan aku cuma sekejap bila nafkah suami dia abaikan. saya kena tanggung belanja anak saya 4 orang termasuk makan minum dia aku kena tanggung duit sekolah yuran tadika 2 beradik
yuran mengaji semua aku tanggung
bil api air dia tak nak bayar. semua jatuh ke atas aku untuk pengetahuan korang suami aku gaji 5k dan seorang yang sangat kedekut. masalahnya sekarang aku dah tawar hati bukan sebab ada orng lain aku dah penat kerja tapi takde hasil apa apa nak bel alat mekup pun kena marah nak beli obat dalaman pun kena marah bukanya guna duit dia tapi tak boleh jugak. aku stresss la aku dah takde hati kat diarumah. semua benda aku dah bantu tak pernah nak hargai aku. aku tak tau nak buat macam mana aku kasian dekat anak. tapi aku pun dah tak tahan hidup macam ni




