Salam KRT. Tolong hide fb saya. Terima kasih. Ini pertama kali saya luahkan isi hati. Tak pernah luahkan kat sesiapa, keluarga mahupn kawan. Skrg saya ada salah faham dgn suami. 2 hari lepas kami bergaduh sampai bertumbuk. Puncanya saya ada menegur cara dia bawak kereta yang melulu. Suami jenis cepat panas baran. Sepanjang perkahwinan agak banyak kali dia telah angkat tangan pd saya. Dan 2 hari lepas semasa kami bergaduh mmg teruk dia pukul saya, dia tamp*r, tumb*k, dan cek*k saya sampai saya tak sedar. Mungkin silap saya sebab melawan jugak, saya pon pukul dia. Tapi kudrat wanita tak sekuat lelaki. Pukul saya tak tinggal kesan atau bekas pn. Tapi untuk pergaduhan hari tu, pipi saya pecah gigi patah dan ada lebam2 hati saya lagi sakit daripada sakit yang saya rasa sekarang sampai nak angkat tangan pn tak boleh
Saya tak tahu nak meluah kat sape. Saya masih ada mak. Tapi mak sendiri pn saya tak boleh tumpang masalah dan kasih sayag. Mak sendiri pn bg masalah kat saya dan suami. Mak saya pernah dtg rmh saya kemudian mak saya mengamuk sebab masalah dia sendiri. Suami saya sangat marah sebab habis jiran tahu.
Lepas drp itu semua suami mengungkit semua kebaikkan yang dia buat utk mak dan keluarga saya. Dia cakap mak perangai mcm hantu, anak pn hantu la. Saya tak kisah dia nak marah saya tapi jgn kaitan keluarga saya. Saya tahu keluarga saya ada masalah. Saya sedih sgt sebab tak ada tempat nak mengadu. Hanya Allah SWT yang saya mampu meminta tolong
Saya rasa da tak mampu nak pertahankan rumh tangga saya. Saya penat dah sakit hati. Kalo nak cerita masalah rumah tangga mmg byk. Suami saya bukanlah tak ada yang baik. Dia seorang bapa yang baik utk anak. Makan pakai semua cukup tak pernah kurang. Cuma dia cepat panas baran. Hal kecik pn dia tak boleh bawak berbincang. Saya tak tahu nak buat apa. Nak mintak tolong sape. Saya mmg sebatang kara. Saya ada terfikir nk bercerai sebab dah penat menangis. Mungkin bercerai jalan terbaik utk kami muhasabah diri. Tapi saya tak kuat bila pikir anak2. Kalo bercerai saya tak mampu nak sediakan tempat tinggal utk anak saya, kenderaan sendiri pn tak ada.
Utk makan pakai tu mungkin saya boleh sediakn lagi utk sementara 2,3bulan dgn duit simpanan dan duit hasil meniaga saya. Cuma saya pikirkan kat mana saya nak bawak anak saya tinggal. Saya tak ada adik beradik lain nak tumpang. Nak tumpang sedara mara sampai bila sgt dorang blh tlg. Saya tak pernah keje luar dan anak3 saya yang jaga sepenuhnya dr kecik sampai besar. YaAllah saya buntu . Mungkin kalo perceraian yang terbaik, saya terpaksa bagi hak perjagaan anak pd suami. Saya kena cari masa depan saya dulu utk bagi masa depan anak2. Tolong doakan saya kuat kawan2 utk buat pilihan terbaik




