Salam min..hide profile aku ya. Aku duda tiada anak, bersama dengan janda yang anak dua dan dia pun bekerja, gaji lebih kurang sama dengan aku. masalah aku adalah bini aku suka keluar jalan2 suka mencari jalan tempat nak melepak pada aku kalau sebulan 2-4 kali tu tak apalah tp kalau dah hari2 asek nak berjalan bila nak simpan duit, hari2 makan kedai pagi tengah hari dan malam. biasalah kalau dah keluar mesti la minyak, tol, makan aku yang tangung sampai 1 masa aku terasa apa guna aku berkahwin kalau air minum aku yang buat sendiri, setiap pagi aku bangun tido meja makan tak pernah ada air minuman utk aku, tapi aku tak kisah sebab aku faham dia penat dengan anak, bukan bini aku tak masak tp nak tungu dia masak kene ikut mood dia kalau rajin adalah kalau malas mkn kedai la hari2 dengan anak2.
Aku gaji tak besar tp pd aku kalau betul2 berkongsi hidup susah senang bersama mesti cukup, suatu hari isteri aku mengungkit kahwin dengan aku bukannya hidup senang lebih kurang dengan hidup bekas ex dia lepas tu dia kata lg elok cari laki yang banyak duit maruah pun tak guna pun kalau duit takda pada mula itu aku tawar hati sangat ape yang aku buat semua jadi tak ikhlas aku sentiasa mahu cuba bg hatinya senang peluh kudrat aku tak kisah asalkan dia hargai aku namun hampa..tengah tido bila anak menangis aku cuba taknak gerakkan isteri aku sebab aku nak dia rehat aku jaga anaknya ibarat anak aku sendiri kemana pun mesti bawa anak tp dia kata aku tak syang anak dia cuma biasa2 ja. bab curang aku takpernah lg curang dengan isteri aku sebab hati aku tak terpikir nak curang sebab aku angap dia lah yang terakhir pd aku. Sekarang aku nak berpisah dengan dia sebab pada aku biarlah dia kata nak cari orang yang senang jadi pada aku biarlah daripada aku menangung dengan hati sakit asek nak pikir hati orang je baik aku pikirkan hati aku. pada korang patot tak aku buat mcm tu