salam min. aku harap sangat kau siarkan post aku kali ni. sebab aku tengah sedih sangat2 tapi aku tahan sebab aku sekarang kat rumah mertua. beberapa hari sebelum raya aku dapat tau aku ngandung. anak keempat. sebenarnya aku taknak anak lagi sebab aku tahu macam mana suami aku akan layan aku sepanjang aku ngandung bila aku ngandung kali ni pun sama je. masa aku balik kampung mertua, mertua aku masak kambing hari kedua pun kambing memang dorang suka gila kambing. aku plak jenis tak makan kambing tapi bau kambing takpe. tapi masa pregnant ni, aku sampai je kampung, aku muntah kat rak kasut.
satu hari tu dekat 15 kali aku muntah. dan aku tak boleh bau kambing langsung. menyebabkan aku terpaksa duduk dalam bilik. keluarga mertua aku tak peduli langsung. dorang bakar kambing plak hari kedua dan ketiga. satu rumah bau kambing. itu aku tak kisah lagi. tapi bila aku duduk dalam bilik, suami aku akan kata aku memerap je dalam bilik. tak reti2 nak tolong mak dia. pastu bilik tu sebenarnya adik suami tido sebab dia baru kawen. suami aku boleh cakap “cepatlah tido kat luar, kecian farah (bini adik dia)”. habis aku ni macam mana min?
bila aku keluar bilik, bau kambing kuat sangat sebab dorang makan dalam rumah jugak. disebabkan suami aku suruh keluar, aku muntah banyak. last2 adik suami suruh tidur je dalam bilik. pastu suami aku cakap “awak ni mengada2 lah, tak kuat menttal”. lepas ni aku taknak mengandung lagi min. tolonglah ya Allah, 4 kali mengandung, hati aku selalu dia sakitkan. orang alahan mengandung selalu menyusahkan ea?




