Assalamulaikum min selamat hari raya min…mohon hide fb ni min pakai fb kwn aku min..aku just nk sharing nk mintak pendapat .. min aku ni dah kawin hampir 15tahun min ada seorang ank ,suami aku ni garang dan tegas orang ny,asik kena ikut kemahuan dia je min,dalam rumah kadang2 aku dah mcm maid ,di kerah ny serupa aku ni orang gaji.
Sebelum ni dia sorang yang bertanggung jawab tp selepas dia tahu aku pandai mencari duit sendiri dia lepas kan tangguang jawab dia tu pada aku min,semua benda aku kena buat dia tak pernah menolong aku kadang2 aku stress nk lari dari dia aku mmg tak bole,selama aku berkahwin dengan dia aku cuma rasa bahgia setahun dua je min lepas tu aku dah tak rasa hidup mcm berkeluarga,dia terlalu garang dan cepat naik tangan.
Hampir 15tahun kami mendiri kan rumah tangga min. Aku tak pernah curang dengan suami sampai la aku kenal dengan sesorang min yang caring dan sentiasa ambik berat pasal diri aku, tp dia suami orang, dan dia pun ada masalah dengan orang umah dia , skrg kami dan benar2 syang da tidak bole berpisah min,cuma masalah skrg ni aku,sbb status aku msih isteri orang dan dia suami orang tp dia bila2 masa bole berpisah dengan isteri dia,cuma aku ni ..bole tak bg suggestion bagai mana harus aku tempuh2 liku2 kehidupan mcm ni, ada kah aku harus tggal kan suami aku ,dan mula kan hidup baru aku bersama dia yang betul2 memberi aku kebahgian sebenar.
Aku buntu min buntu sgt2 .. dia ada maslah dengan wife dia dan tggu masa untuk berpisah jika aku berpisah dengan suami aku baru dia akan mencerai kan isteri dia. min mintak pakcik bawang makcik bawang untuk bg pendapat,ada kah salah perbuatan aku ni mendua kan suami aku ..dan ada kah dia betul2 ingin bersama aku.




