Assalamualaikum admin dan pembaca krt. Aku stress tengok perubahan isteri aku . Masa bercinta dulu dia punyalah baik pijak semut pun tak matti cakap lemah lembut je dan sopan santun jaga sholat dan reti hormat org tua tu sebab aku cintakan dia . Tp bila masuk je bulan ke-2 perkahwinan kami, die terus berubah . Mulai dah keluar belang dia . Malas masak, masak buat kerja rumah, malas nak mandi, sholat pun dah malas. Kerja dia asyik tidooo je , bangun tido langsung hadap phone sambil makan diatas katil . Bila dia boring baru lah dia ajak aku tengok wayang dan jalan2 . Aku ikutkan je semua kemahuan dia, sbb aku tak nak kehilangan isteri aku. Mgkn karna dia budak lg kot sbb tu perangai dia mcm tu, dia baru je 23 tahun , usia aku pulak dah 30 thn .
Dulu aku yg kerjakan semua kerja rumah sebelum aku gi kerja . Tp skrg dh tk boleh, sebab boss dh bising aku sllu dtg lambat dan mengantuk bila sampai ofis . So aku ambil org gaji untuk bantu buat kerja rumah semua tu . Kalau harapkan gaji aku untuk bayar org gaji tu memang tak boleh laaah .. Sbb setiap bulan isteri aku mesti mntak semua uang gaji tu . Aku ambik sikit je untuk bagi mak kat kampung dan beli mnyak kereta aku . So bila dah balik kerja aku akan bantu abg ipar aku kat gerai makan dia sampai pukul 2 pagi , dri situ lah aku dpt tambahan uang untuk bayar org gaji . Banyak kawan2 aku yg hasut aku suruh aku ceraikan isteri aku, tp aku tk pernah nak dengarkan dieorg . Sbb aku yakin suatu hari nnti isteri aku boleh berubah jd isteri yg sholeham untuk aku . Aku kena bersabar je buat saat ini dan banyak berdoa untuk dia .




