salam min. mohon hide kan profile. just nak luahkan perasaan harap ipar duai aku diluar membacanya. aku ni jenis straight the point dan bila dah aku sayang. Aku sayang sungguh2. Tapi bila dah dikecewakan hi hi bye2. memang susah nak sembuh. Aku ni bukanlah menantu pilihan keluarga mertua tapi diawalnya aku terima mereka seadanya bab tolong menolong bersungguh2 sepenuh hati selagi termampu. bila balik kg belikan mertua ipar duai tudung dan sebagainya. jadi chef masak bila balik kg. Sekali masak 2-3 ekor ayam. maklumkan adik beradik suamiku 9 org semua dah berkahwin dan ada anak.
Memang kerja aku bila berkumpul aku tukang masak basah baju sampai perut pun tkpe.. suka sebab konfom mereka makan habis. dan anak buah memang suka makcik masak. katanya makcik masak sedap. (anak buah panggil aku makcik). biasalah kalau ramai telur sekali goreng sepapan…sayur tauge 2 kilo tapi time tu memang aku tak pernah merungut.. anak buah baru kerja nak beli kereta aku paksa suami aku jadi penjamin sbb loan dia tak lulus. aku cepat kesian nak tolong juga dengan harapan mak ayah dia dapat merasa naik kereta sbb mereka belum ada kereta maklumlah anak sulong baru bekerja. dan anak buah suami tumpang rumah kami lebih 2 tahun bagi jimat kos sewa rumah.
Aku tak kisah sbb bila aku tolong. aku tolong sungguh2. alhamdulillah sempat mak di naik kereta baru sebelum dijemput ilahi.. bermula dari arwah kak meninggl (kak ipar yg sulong) ipar2 yang lain mula2 menunjuk taring masing2. semua berubah dulu bila ada yang salah atau ada yang tak kena arwah akan sound direct tegur tak kira mak atau adik beradik yg lain..salah tetap kena tegur…tapi sejak takde org yg tegur ipar duai naik kepala…suruh kan suami aku belikan mertua itu ini…mengungkit suami aku lebih utamakan aku..kacau kebahagian rumah tanggaku…aturkan cadangkan duit lebihan rumah yang kami jual…kena bahagi dekat mertua sama.
perlukah sampai begitu. itu rumah hasil pencarian kami suami isteri. maklumlah suami aku ni sepanjang aku berkahwin tak pernah ah…dengan mak dia..anak yg taat…tapi disebabkan cadangan hasutan tu aku bergaduh dan makan hati…tapi suami aku tetap berfikir dengan cadangan ipar2…katanya untuk membalas jasa mak yang melahirkan dan membesarkan.. padahal duit itu untuk kami membina rumah yang lebih selesa..jadi dapatlah bahagian mertua…senyum meleret..tepuk tanganlah ipar2 sbb suami bersetuju,sedih bila ipar duai masuk campur hal keluarga ku…suami aku pun jenis yang tak boleh adik beradiknya dikata..
Baginya adik beradiknya semua baik2,betul…sbb mertua selalu berpesan mereka adik beradik sangat rapat sbb masa kecik2 ikan seekor dikongsi 9 org dalam 1 pinggan..dicubit sikit2…habis tinggal tulang letak lagi seekor..macam tak katanya maknya. Tapi bab rapat mesra memanglah bersembang 2 -3 pagi pun takpe semua cerita lama2 depa ungkit kembali…bergelak berdahaklah time tu sambil minum kopi teh tapi tu je lah ..minta tolong bab duit semua diam…pakat2 cerita hal susah hutang masing2…tapi suami aku masih tidak sedar…bab sakit demam terdesak barang kemas isteri juga yang ditawarkan…tapi suamiku masih tak sedar…ermmm sabar je lah ..adakah lumrah memang mcm tu…tolonglah ipar duai jangan duk menyibuk hal rumah tangga orang lain…menyampahnya nak balik raya terserempak mereka…dah tawar hati dengan gelagat mereka…hipokrit..