salam warga krt… terima kasih min siarkan kisah saya. Saja nak kongsi pengalaman lepas.. Saya ibu tunggal anak 2… Dah hampir 5 thn berpisah dengan etak suami.. Saya istri yang ada kerjaya. walaupun taklah hebat mana tpi kalau dibandingkan gaji saya dan etak suami… Gaji saya 2 kali ganda dia… Tp kelemahan saya, saya takpandai berhias…. Hampir keseluruhan wang gaji digunakan utk keperluan keluarga… 1 lgi kelemahan saya, mungkin kesibukan saya dengan kerja2 buat saya terlepas pndg urusan rmh. biasa lah anak kecil2 lagi masa tu…kemas sekejab jer bersepah semula.
Tapi sesibuk mana pun saya, tak pernah dia balik rumah macam tongkang pecah. sebab dia selalu balik jam 2-3pgi… Jadi biasanya sambil tunggu dia balik saya akan clearkan rumah. kalau dia ada di rumah. saya akan masak. kalau tak saya beli bungkus jer. selalu jugak merajuk sebab sorang2 menguruskan rumah. dengan anak kecik. dengan kerja dr ofis.
Dia jarang ada di rumah. Suka bersosi*l dengan kawan2. kalau ada pun akan tidur.. tapi dia macam org takada perasaan… Merajuk pn kena pujuk hati sendiri….. Tpi bkn tu punca kami berpisah.. Selepas 1 tahun lebih kami nikah. kantoi yang ex suami ni kaki minum, kaki clubing, kaki perempuan dan kaki jud*. sebab tu lah dia suka balik lewat.. Kadang tak balik lansung sebab dia tak akan balik dlm keadaan mabuk…
Pertama kali tahu memang hancur luluh hati saya. tapi bila fikirkan kesian anak2 masih kecil. saya maafkan dia. pendam sorang2, tak ada siapapun tahu. sebab kononnya nak jaga aib dia. nak jaga hubungn dia dengn family saya. tapi sayang nya dia tak pernah nak berubah. byk kali lagi dia kantoi dengan saya. Dan yang paling menyedihkan saya bila dpt tau dia mengandungkan perempuan lain. Perempuan tu sndiri yang bocorkan rahsia mereka sebab geram ex tak nak nikah dengan dia…
Saya tau ex saya bukan nak kawin pun. dia juz nak enjoy jer.. lepas kes tu saya dah tak bleh teruskan lagi sebab selama 7 tahun kmi bersama. setiap kali kantoi dia akan mnta maaf, berjanji tak ulang lagi. tapi seminggu 2 jer ok. Lepas tu blik lewat lagi. rumah macam tempat persinggahan. Saya rasa saya hnya jadi bibik yang jaga anak dia. Dia tak pernah sayang dan belai saya sebgai istri.. susah sangat nak dengar perkataan sayang dari mulut dia. Saya jer syok sendiri suka nak peluk nak cium dia tapi dia akan bgi alasan panas..
Macam2 cara saya cuba nak selamatkan hubungan. Tapi susah bila hnya bertepuk sebelah tangan. akhirnya saya mengalah.. Saya failkan penceraian… Skrg dh masuk 5 tahun kami pisah. Saya bahagia dengan anak2. Kewangan saya pun makin ok sebab takada lgi org asyik nak pinjam duit saya jer… Selepas berpisah. saya pernah couple 2 kali. . Tapi dua2 lelaki tu menipu… Mengaku duda, rupanya suami org. Nasib baik istri kedua2 nya tu baik. tak terus maki hamun saya, sebaliknya pelan2 bagitau saya yang boyfriend saya tu suami diorg. dah ada anak… Walau hati saya sedih dan kecewa sgt, saya undur diri.
walau kedua2 lelaki yang saya kenal tu berjanji nak ceraikan istri dan sorang tu memang dah ceraikan pun istrinya siap tunjuk surat cerai. istrinya pun baik, minta saya terima suami dia, dia nak undur diri sebab takbahagia.. Tpi saya perempuan,saya pernah rasa sakit.. lihat anak saya kehilangan ayah. saya tak smpai hti nak hancurkan rmhtgga org lain… Trus blok nombor laki tu supaya tak termakan dengan pujuk rayu… Semoga bila saya undur diri, dia nmpk kebaikan istri dia dan mereka kembali bersatu…
Lepas dua kali tertipu saya serik. Sekarang saya tak pk lagi nak nikah. saya tak nafi kadang2 saya sunyi. tapi syukur hati saya tak sakit lagi. Mungkin allah nak saya bahagiakan anak2 saya dulu… Seandainya mmg ada jodoh lgi akan dtg, doakan saya bertemu dengan jodoh yang baik2… Buat rakan2 ibu tunggal di luar sana. jaga lah maruah kita, jangan biar orang pandang serong dengan status kita. malu dengan anak2. Terima kasih yang sudi membaca…




