Assalamualaikum. Maafkan saya sebab meluahkan di ruangan ini. Saya seorang suami dan ayah kepada seorang cahaya mata perempuan. Sebenarnya saya ada masalah dengan isteri berpunca dari video luc*hnya yg tersebar di laman web p*rno. Saya dapat tahu melalui kawan sekerja. Kawan sekerja saya Nepal. Saya kerja dikilang. Dari segi duit gaji semua diserahkan kepada isteri. Jika dia pandai berjimat yang lebih dari gaji tu la duit belanja dia.
Berbalik kepada masalah saya tadi. Saya dah dapat pengakuan dari isteri saya sendiri. Perkara tu berlaku dah dua tahun. Maknanya masa tu dia masih lagi isteri saya. Memang dari segi makan minum dan tanggungjawab dia sebagai isteri terlaksana dengan baik. Tapi maruah saya sebagai suami dah tercemar.
Patut la selama di tempat kerja geng2 Nepal dengan member2 lain asyik pandang saya sambil berbisik sesama mereka. Saya malu.
Video tersebut juga berada dalam laman web luc*h. Saya ada email pada pihak laman web tersebut untuk memadamkan video tersebut tapi mereka meminta bayaran 0.10 euro untuk satu viewer Jumlah yang saya kira dalam 12300 euro. Dan jumlah tu terus meningkat selagi tak diselesaikan dengan segera. Saya dah rasa sangat stress skrg ni. Nak diceraikan terkenang pada anak. Nak selesaikan bayaran tersebut saya takda duit bnyk macam tu. Nak berpindah tak boleh sebab rumah saya dah selesai bayar dah.
Tipu la kalau tak sayang pada isteri. Cuma bila terkenang video tersebut saya jadi marah, dalam masa yang sama saya sedih. Apa salah saya pada dia. Apa kurangnya saya. Saya dah tak tahu apa nak dibuat. Saya cuma perlu tempat untuk saya luahkan kekusutan saya. Maafkan saya kalau ada coretan yang menimbulkan rasa marah pada warga krt.




