assalamualaikum. hide profil pliss. suami saya seorang rajin serba serbi dia bagus tapi kekurangan dia ada sifat talam dua muka, depan orang baik belakang hampeh, tu kalau dengan orang lain, dengan saya pula sejak akhir2 ni dia kalau penat dia marah kebetulan anak buat silap patahkan kipas dia saya kena marah cakap saya tak pandai jaga anak bawa malang dalam hidup dia, menyusahkan dia, dia panggil saya perempuan syal, dia kata die benci tengok muka saya, dia hina saya berterusan bukan kali pertama rasanya da bnyak kali.
Saya buat bisnes online dia hina rezeki saya, saya nak kerja dia tak bagi, suruh jaga anak, saya yang salu menangis sampai da tiada lagi airmata nak menangis, dia cakap macam macam saya buat tak kisah dah, doakan hati suami sy lembut, saya terima dia seadanya, kadang2 rasa terhina sangat sangat dia marah pun saya boleh tersenyum ketawa dengan anak saya, saya sorok sedih saya, mungkin dia ingat saya ni kawan kawan dia hari ni maki esok baik hari ni saya telan esok lusa saya tak tahu la. doakan saya tabah dan dia berubah dan. thanks admin




