Salam min ni kali pertama aku cerita dekat sini .harap min dapat siarkan. Aku rasa sedih sangat. Aku rasa aku dah gagal jadi suami yang baik bila bini aku kata dia menyesal kawin dengan aku selama 12 tahun sebab tak dapat apa2 keuntungan kawen dengan aku . Aku keje biasa2 je duit nafkah dia aku mampu bagi 400 je untuk pembelanjaan diri dia sendiri . Contoh beli baju , alat solek . Lagi 1000 aku guna bayr kereta, sewa rumah, barang anak , barang dapur . Kadang2 untuk aku sendiri pun tak cukup min tapi aku terima je demi keselesaan anak bini aku.
Tapi harini semuanya dah berakhir bila dia dah luahkan apa yang dekat hati dia selama ni rupa nya dia tak pernah hargai penat lelah aku, pengorbanan aku , kerja keras aku untuk tengok dia selesa . Harini dia dah tak balik rumah . Kalau mama baca ni abang nak mama tau yang takde bende yang sempurna dalam hidup ni Abang selalu berusaha demi mama dan anak2 . Balik la ke pangkuan kami semula abang dan anak2 rindu kan mama . Kalau kebahagian mama bukan dekat sini bersama abg dan anak2 abg terima. # NMBI




