Assalamualaikum… Just nak luahkan perasaan. Macamni, aku merupakan single mom. Ada anak sorang. Tahun lepas aku berkenalan dan berkawan dengan sorang lelaki. Pada awalnya, hubungan kami hanya sekadar kawan biasa. Sepanjang perkenalan, macam2 dia buat supaya saya yakin pada dia yang dia ikhlas dengan saya. makin lama perasaan sayang tu makin timbul dan saya mula percaya pada dia. Sgt caring akan saya dan juga anak. Sentiasa ada bila saya dlm kesusahan. Saya mula percaya dengan dia kerana dia tak pernah hilang dr saya.
Agak lama kami berkawan, bulan lepas kami bergaduh. Hanya disebabkan perkara kecik, benda berlarutan spt benda tu tersangatlah besar bg dia. Saya mula sayaak ada sesuatu yang tak kena pada dia. Bila saya persoalkan, jawapan dia satu je “awak takfaham dan saya taktau nk jelaskan mcmana”.. dr situ timbul perasaan was2 saya pada dia..
Saya mula menyiasat ttg dia.. Betapa luluh hati saya bila saya dpt tahu yang dia sudah pun berumahtangga. Sudah mempunyai anak2 yang sgt comel. Allahuakbar… Betapa bod0hnya saya selama ni sbb saya takpernah selidik siapa diri dia sebenarnya. Kerana tingkahlaku dia, cara dia, keberadaan dia, tak ubah seperti seorang yang masih blm berkahwin. Betapa bod0hnya saya kerana saya jd orang ke3 dlm hubungan perkahwinan mereka tanpa saya sndri menyedari smua tu. Allahuakbar…. menggigil tubuh badan saya bila dpt tau status sebenar dia.
Jatuh air mata saya disaat saya sedar saya bakal meruntuhkan rumahtangga orang lain. Saya rse bersalah sgt2! Bersalah pada isteri dia, bersalah pada anak2 dia..walaupun mereka masih taktahu ttg kami… dan bila saya minta penjelasan dr dia, dia hanya mampu cakap yang dia sayangkan saya sbb tu dia takmampu untuk berterus terang…
Selama ni, walaupun saya berstatus J, saya menjaga tersangatlah jaga daripada berkawan dengan lelaki yang berstatus suami orang. tanpa saya sedari, saya sndri dh berkawan dengan suami orang.. Allahuakbar..
Saya akui, saya sayang. tapi disebabkan status dia itu saya ketepikan perasaan saya.. saya pandang mata anak dia isteri dia Melalui gambar mereka yang saya dapat dari seseorang saya taksanggup untuk lukakan hati dan perasaan mereka. Saya sendiri bercerai krn orang ke3, masakan saya sndri perlu jd orang ke3 dlm hidup orang lain pulak… Allah….
Saya akui saya sayang, tp saya taksanggup untuk jadi vabi yang menyondol kebun orang… Jadi disini,, tolonglah..
pada lelaki yang berstatus suami orang,, tolonglah….jangan benarkan hati dan sayag anda dikongsikan dengan perempuan lain selain isteri dan anak2.
Sekiranya telah berkahwin,, hargailah dan sayang lah serta setialah pada isteri anda yang satu…. kerana mereka lah orang pertama yang anda sebut dlm akad ijab dan kabul anda… Netizen, doakan saya kuat. doakan saya untuk cepat melupakan smua ni. doakan saya dpt yang terbaik. kerana perancangan Allah itu lebih baik drpada apa yang kita telah rancang.. Wallahualam.




