assalamualaikum.. disini saya nk kongsi cerita rumah tangga saya.. terlebih dulu, saya minta admin hide profile saya.
Baru² ni rumah tangga saya di ganggu oleh org ketiga. Kenalan tempat kerja dgn suami. Perempuan tu baru 2 bulan kerja di situ, dlm masa tu jgk dia ambik kesempatan pandang² suami saya.
Pada mulanya, suami saya tak layan tapi kerap dengar perempuan tu minta num telefon. Suami saya kerja di sebuah kilang sebagai technician. Memang kebiasaan operator akan jatuh hati pada technician yg muda. Saya kenal suami saya dari zero ( dari operator repairer ) sehingga kawen. Rezeki kami dia dinaikkan pangkat.
Berbalik pada cerita tadi. Suatu hari, suami saya monitor mesin entah mcm mana dia terpandang perempuan. Dari situ dia minta num perempuan tu..
Selama sebulan depa knl, pernah bersama di ranjang gara² godaan dari perempuan yang tak mahu suami saya balik ke tempat kerja setelah bertemu.. Selama itu jugak la saya terasa perubahan drastik pada suami saya yang dulunya rajin melayan kerenah saya. Dia pandai sembunyikan rahsia hubungan depa, sedangkan saya ni kerap check handphone suami saya. Tapi saya tak tahu dia lagi bijak buat app whatsapp twin..
1may, hari labour day. Dia lambat ke tempat kerja, selalunya kalau dia lambat ke tempat kerja dia akan gesa² keluar rumah tapi dia relax. Bertambah hairan dia berpakaian segak dgn sembunyikan purse beg lelaki. Beg tu dia guna bila berjalan jauh. Hati saya tak tenteram dan yang menghairankan saya dia tak kalut cari batch dia yang ada dalam kereta saya..Hari tu memang hati saya tak tenteram. Allah kurniakan isteri mempunyai sifat dan naluri tu. Saya balik ke rumah mama saya petang tu dan cerita segala²nya. Sampai kerumah anggaran jam 1pagi. Suami saya tak kalut pun call or msg saya seperti selalu. Saya sembunyikan kereta seolah² saya tak balik rumah langsung. Saya tidur dibilik hadapan ( bilik tetamu ).
Keesokkan hari saya terkejut, dia kelam kelibut nak pi kerja sebab dh lewat. Dia terus hantaq msg kat saya sebab nk batch katanya dah 2 hari pakai temperory batch. Saya hanya mampu baca.Diam. Seharian saya duk dalam rumah. Lewat petang suami saya maklumkan yang dia balik kerja lewat.Saya diam lagi. Malam tu dia balik kerja awal dari yang saya jangkakan. Saya terus menerpa masuk dalam bilik tetamu. Dia balik, mandi dan keluar semula.
Lewat malam tu saya terima whatsapp dari seseorang yang saya tak kenal Gambar kemesraan suami saya Berpeluk dan Bercium.
Ya Allah, luruhnya hati saya. Sakitnya tak tertanggung. Saya terus acu soalan pada orang yang saya tak kenal.. Ternyata apa yang terbuku dibenak hati saya memang ternyata betul. Saya terus call mak mentua saya, teresak² nak luahkan. Tak tahu mana dunia saya waktu tu. Hati saya hancur,remuk. Malam tu jugak saya bawa suami saya ditemani abg ipar dan biras pi rumah perempuan tu. Suami saya pertahankan perempuan tu. Saya hilang waras, saya tumbuk muka suami saya. Itu pertama kali, saya betul² tak tahan amarah. Mujur ada biras dan abg ipar..Jauhkan kami malam tu utk sejukkan keadaan. Saya duduk bersama biras dan abg ipar bersama suami..
Dalam sejam kemudian, abg ipar datang kat saya atas pesanan suami saya utk lepaskan saya ( tanpa niat untuk bercerai tapi hanya niat untuk redakan keadaan )dan perempuan tu. Saya tergamam.terduduk. Depa bawa saya balik rumah untuk bawa berbincang.. Depa call suami saya dan suruh dia balik ke rumah untuk berbincang yang tak tahu lari ke mana.
Dia minta ampun kat saya dan minta saya beri peluang pada dia untuk dia memperbetulkan keadaan. Sebelum tu, mak mentua saya call merayu untuk tidak bercerai depa menjaga aib keluarga. Terus terang saya cakap, keluarga suami saya memang baik. Mak dan arwah abah mentua disegani org sekeliling atas sebab arwah seorang bilal. Mak pulak cukup ramah dan pemurah. Saya terpaksa memilih menjaga aib keluarga untuk tidak bercerai. Tapi hati saya tak akan dapat terima suami saya mcm mula² bercinta.. Hati saya dah tawar.
Keesokkan hari, biras bawa saya jumpa perempuan tu bersama suami saya untuk jelaskan perkara sebenar. Suami saya minta dia dilepaskan cara elok tapi perempuan tu tak mahu.. Dia minta suami saya bertanggungjawab atas keterlanjuran. Saya bantah apa perempuan tu nak sebab suami saya bukan orang pertama sentuh dia.. tapi entah orang yang keberapa puluh yang dah disentuh. Saya mengugut perempuan tu utk beritahu pada teman lelakinya hal depa tapi saya pulak yang dapat warning untuk tidak mengganggu teman lelakinya. Tak tahu sapa yang sebenarnya rampas hak sapa. Sungguh biadap. Last dengan ugutan saya.. perempuan tu lepaskan suami saya..
Walaupun dah seminggu berlalu, tapi hati saya tetap sakit.. Tak dapat saya nk lupa peristiwa apa yang dh berlaku. Tak henti² saya doa agar Allah berikan saya kekuatan untuk saya jalani hidup ini.. Suami saya mula insaf dan menyesal apa yang dah terjadi. Seumpama mimpi ngeri dalam hidup dan berharap mimpi ngeri berakhir disitu..Kini apa yang dah dijanjikan suami saya sebelum kawen dia tunaikan, mengajar saya mengaji Alquran bersama².. Saya mohon agar semua doakan hubungan kami suamisteri berkekalan hingga ke jannah.. Dan doakan saya agar saya menjadi lebih kuat untuk menghadapi ujian dari Allah..




