Salam admin.. Saya nak share kisah saya.baru2 ni ada sorang janda try mengorat saya, macam biasa saya ni sejenis memang susah pandang wanita lain selain wife saya, wife saya walaupun dah beranak 4 tetapi sentiasa nampak muda dan cantik begitu juga saya yang selalu menjaga penampilan. dalam diam ada yang menaruh hati terhadap saya, pada mulanya bermula sebagai kawan sekerja dan tak terdetik untuk bersangka tak baik dan janda ini mesej saya untuk minta tolong. Saya memang tak ada masalah untuk tlg kerana menganggap rakan sekerja sahaja tak lebih dari itu, lama kelamaan saya perasan janda tu cuba menarik perhatian saya dan confess bahawa dia sukakan saya. dia tak kisah saya beristeri dan dia memang berhajat sudah lama untuk dapatkan saya. saya terkejut dan cakap dekat dia tak ada yang boleh lebih sebab saya amat sayangkan keluarga saya..
pendekkan cerita, kami selalu berhubung melalui messenger acc fake kerana tak nak isteri tahu kisah kami dan kami cuma berhubung saja tak lebih pada tu tapi saya amat hairan sekali kenapa saya terlalu b0doh sedangkan sebelum ini perempuan cantik lain pun saya jaga pandangan supaya tidak terjebak dengan aktiviti tak sihat dan menjaga kedamaian rmhtga. pada suatu hari, ketika kerja secara kebetulan janda tu terjatuhkan wallet dia dan tercampakla isi wallet tu sekali. saya ternampak ada kertas buruk seperti tulisan jawi serta patung2. setahu saya itu seperti mantera, saya terus tak sedap hati. saya terfikir adakah janda itu kenakan saya..dan saya jadi tak peduli akan isteri dan anak kami. Ya Allah semoga Allah mengampuni aku..
untuk pengetahuan, janda tu tidak cantik dan gemuk. dia juga seboleh2 mahu saya bergaduh dengan isteri. pendekkan lagi cerita, saya kantoi dengan isteri saya. dan perang pun berlaku, saya akui kesilapan kekhilafan saya yang tidak menjaga pandangan tetapi saya berani bersumpah ats nama Allah saya terasa sangat2 bod0h seperti dikawal. Sekarang, isteri saya sudah tidak seperti dahulu yang penyayang, penyabar. isteri saya kerap marah dan menjadi perengus kuat mengamuk. saya tak tahu macam mana nak perbetulkan lagi kerana isteri saya kerap bangkitkan isu janda tu..
Janda tu buat pengetahuan semua, dia sudah ada teman lelaki tapi dalam masa sama dia try saya. teman lelakinya juga adalah seorang duda, saya kira dia ni homewrecker yang berjaya. kenapa dia jadi janda saya pun tak tahu. wahai warga krt, tahu tak apa yang saya perlu buat sekarang? betul ke kertas usang tu sejenis mantera pemikat? saya dah block semua contact dengan dia. bila berjumpa di tempat kerja pun saya akan mnjadi terlalu marah dekat janda tu. saya berharap hubungan kami suami isteri akan kembali seperti dulu. Wahai janda2 di luar jagalah maruah diri. jangan sakiti insan lain demi kehendak anda..




