Asalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca KRT dan Admin. Terima kasih kerana sudi approve aku punya luahan ni. Nama aku, Zuhairi berumur 24 tahun bekerja sebagai seorang QC di sebuah kilang terkemuka di utara tanah air. Di sini aku nak ceritakan tentang seorang gadis yang aku cintai tapi susah untuk aku miliki. Dan aku didalam dilema sehingga sekarang. Allah sahaja yang tahu apa yang aku tanggung di dalam hati.
Nama dia Siti, bekerja sebagai seorang supervisor di cafe kilang tempat aku bekerja. Rupanya manis, chubby, mata dia bulat dan kulitnya cerah berseri. Aku tertarik dengan dia selepas aku tengok cara dia selesaikan masalah, bijak memasak, pandai atur bawahan dia dan hormat orang tua. Dia selalu tersenyum manis, bawahan dia semua sayangkan dia. Aku selalu tanya bro yang jaga cashier tu pasal dia, bro tu memang puji dia kaw kaw la. Makin aku bertambah jatuh hati la.
Pernah satu hari tu aku mintak number dia, tapi dalam senyuman dia menolak. Aku terus rasa malu, sebab first time aku ngorat perempuan, dan perempuan tu tolak. Memang susah nak tawan hati dik Siti ni walaupun aku tak lapar aku tetap pergi cafe semata mata nak tengok dia Mungkin dia segan nak bagi number sebab badan dia besar alasan itu saja yang bermain di fikiran aku. Tak ada yang lain.
Selain dari aku, banyak jugak operator yang cuba masuk line, tapi semua dia tolak. Aku hairan kenapa. Aku tanya bro cashier tu, dia kata Siti belum kahwin dan bertunang, tapi kenapa dia suka mengelak dari lelaki. Tapi aku tak hentikan usaha. Aku tetap cuba dekati dia. Satu hari tu, akak dishwasher kiranya bawahan Siti ni panggil aku. Dan dia ceritakan sesuatu yang mengejutkan pasal siti.
Rupa-rupanya Siti ni anak luar nikah. Sebab tu lah dia segan dan tak yakin nak terima mana mana lelaki yang cuba dekati dia. Aku serius terkejut. Aku balik tanya mak aku, mak aku cakap nak kahwin carilah keturunan yang baik baik. Serius aku buntu sebab mak aku pun macam menghalang dan dia tegaskan yang dia tak nak bermenantukan seorang gadis yang tak sah keturunan. Hati aku sedih sangat.
Aku serius boleh terima Siti walaupun dia macam tu. Bagi aku tu bukan salah dia, perangai dan diri dia semua baik. Sopan santun, baik budi bicara, bijak di dapur. Hmmm. Aku harap sesiapa yang baca confession ni terutama sekali lelaki tolonglah bagi tahu aku solution apa yang perlu aku buat. Aku sayang kan dia. Gila bayang kat dia. Sedih sangat hati aku ni. Sesiapa yang ada pandangan yang bernas tolong komen. Semoga komen yang aku dapat nanti, dapat menyelesaikan masalah aku. Amin.




