Assalamualaikum admin, mohon admin siarkan kisah saya. Saya buntu tak tahu nak minta pendapat dan pertolongan dari siapa. Saya dah berkahwin selama 5tahun dengan suami dan belum dikurniakan anak. Selepas seminggu kahwin suami disahkan mengidap penyakit buah pinggang tahap 4 dan terpaksa dialisis smpai sekarang. Selepas suami sakit, dia telah diberhentikan kerja dan sampai sekarang pun memang dia tak mampu untuk bekerja tapi saya redha dengan ujian yang diberikan oleh Allah kepada saya.
Suami mendapat bantuan jkm bulanan dan saya pun sebelum ni bekerja alhamdulillah boleh la saya tampung perbelanjaan seharian saya dan suami. Tapi kebelakangan ni suami kerap dimasukkan ke hospital dan saya telah diberhentikan kerja baru2 ni atas alasan terlalu kerap mengambil cuti untuk menjaga suami di wad. Bagai jatuh ditimpa tangga suami telah disahkan ada komplikasi jantung dan terpaksa ke ijn dalam masa beberapa bulan lagi untuk rawatan lanjut. Kos untuk ke ijn dan rawatan disana bukanlah memerlukan kos yang sedikit.
Doktor ada bagitahu memang boleh minta bantuan dari institusi berkenaan untuk kos rawatan, tapi memang kena gunakan kos sendiri dahulu. Saya buntu kat mana saya nak cari duit untuk kesana dan untuk rawatan nanti. Suami ada minta pertolongan dari keluarga, tapi ibarat angin lalu takde siapa pun yang peduli. Saya pelik bila ahli keluarga lain yang senang minta bantuan, mudah je diorg hulurkan duit. Tapi bila yang susah minta bantuan, ibarat mengemis dengan keluarga sendiri.
Saya hanya mengharapkan mereka menghargai pengorbanan saya menjaga suami saya selama 5tahun. Susah senang memang kami tak pernah meminta dari mereka. Tapi sekali ni kami minta dah mcm2 alasan mereka berikan. Hanya Allah tempat kami berdoa hari2 supaya suami saya sembuh. Saya juga mohon warga krt mendoakan suami saya supaya sembuh dan dikuatkan semangat untuk melawan sakitnya. Dan doakan saya juga kuat untuk mencari rezeki dan semoga saya mendapat dana yang secukupnya untuk rawatan suami saya. Dan saya perlukan kata2 semangat dari ahli2 krt.




