Asalamualaikum admin dah warga krt, Saya bekerja sebagai seorang guru, suami pula tidak mendapat apa2 panggilan kerja buat masa ini. Dan suami duduk dirumah sahaja. gaji saya tak besar mana. Dalam 3k sahaja sebab saya baru bekerja. Saya pula baru sahaja loan sebuah kereta. Dan saya bayar kereta sebanyak rm 1500 sebulan. Rm500 saya bagi mak. Rm500 untuk suami dan rm500 lagi untuk saya beli barang2 pribadi saya.
Saya tinggal di rumah mertua memandangkan kami belum mampu membeli rumah, suami janji jika dia mendapat tawaran kerja. Kami akan pindah. Tapi buat masa ini suami tak dapat panggilan apa2 kerja. Ada lah kerja kosong di kfc dan mcd. Tak kan suami saya kerja kat sana sedangkan suami saya ada degre. Apa kawan2 saya cakap nanti? Mesti kami suami isteri malu..
Bukan itu masalah saya sekarang. Masalahnya ialah ibu mertua saya. Mil sangat berkira apa lagi pasal makanan. Mil saya ni kerja petani, hari2 jual sayur, hari2 untung. Tapi kedekut ya Allah. Pernah suatu hari. Saya keluar2 kan ayam2 dalam peti ais. Saya rendam ayam2 tu. Bila saya keluar. Mil masukkan balik ayam tu dalam peti ais. Bila saya keluarkan lagi. Saya masak ayam tu. Mil hentak2 barang d dapur. Esoknya mil beli frezer, dan lauk2 semua d kunci.
Lagi satu perangai mil. Dia masak makanan yang saya tak suka dan geli nak makan. Mil suka makan kaki ayam, kaki ayam tu kan kotor sebab pijak tahi, lepas tu pernah sekali saya masak megi. Esoknya megi tu dia simpan kat bilik. Barang2 dapur dia simpan semua kat bilik. Sampai telur pun dia sorokkan. Ya Allah sedih nya ngan mertua macam ni.
Pernah saya tanya mak kenapa barang dapur letak kat bilik mak Alasan dia takut tikus gigit dulu tak pun macam ni Lagipun kat sini tak ada tikus. Ada lagi bila saya mandi. Tetiba air panas ditutup dari luar. Bila saya tanya siapa tutup semua tak mengaku. Aircon kat bilik saya pun rosak. Macam ada orang yang rosakkan. Saya pelik lah dengan orang rumah ni. Macam ada saka.




