Assalammualaikum min. Mmacam biasa tolong hide profile. Hai semua saya nak share sedikit luahan dan saya juga perlukan pendapat sekalian. Nama saya ina umur 31. Saya dah berkahwin 2 tahun dan mempunyai seorang baby baru 8 bulan. Suami saya muda 5 tahun dari saya so dia 26. aku kawin pilihan sendiri dan atas dasar cinta. Kisah aku ni panjang la jugak tapi aku cuba untuk ringkaskan
Aku ni belajar tak habis. Sekolah dulu sampai tingkatan 2 je. sebab masa tu keluarga aku ade problem. Kami susah.. Dari umur 16 aku da mula kerja. Kerja biasa2 je.. Aku ade 4 beradik 1 abang 1 kakak dan 1 adik perempuan.. Jadi aku kerja kuat simpan duit sampai umur 26 aku dapat beli sebiji rumah untuk kegunaan family aku.. Sebab ayah aku tak ada ape2 harta pun. Family aku susah jugak la.. Adik last masih sekolah. Abang dengan kakak dah berkawin.
Suami aku pulak dia sebatang kara dipulaukan oleh keluarga. Sebelum aku kawin dengan suami aku ada beritahu aku ade rumah nak kena bayar rm500. Aku ada bagi mak dengan ayah duit dalam 500/600 macam tu. Mula2 semua suami aku cakap ok je.. As long aku berkerja.. So dia tak kan masuk macampur duit gaji aku. Mase kami baru2 kawin kami plan tak nak ada anak lagi. Sebab kewangan tak kukuh sangat.. Gaji aku 2k suami aku pulak 1600 je.. Kami keje biasa2 je tapi gaji aku lebih sikit sebab aku da lame kat company aku ni.
Ikutkan gaji kami ni cukup je untuk ada anak.. Apakan daya komitmen kami tinggi.. Sewa rumah sini rm600, kereta rm600, rumah yang aku beli rm500, nak bagi mak aku lagi, makan minum, transport semua memang cukup2 je la ape yang ade. pastu dalam mase yang sama aku teringin nak ada anak sebab aku takut umur aku da lewat.. Aku takut nanti aku ade banyak risiko untuk hamil.. Dan aku selalu berdoa kat allah supaya bukakan pintu rezeki kami dan pintu hati suami.
Setelah 10 bulan kosong. Akhirnye suami aku setuju untuk ada anak.. Dan beharap anak ni pembawa rezeki.. Dan pada bulan ke11 aku hamil. Allhamdulilah memang rasa seronok sangat. Dan aku masih berkerja, Kerana terlalu excited baru masuk 5 minggu aku dah pergi buka buku pink. Aku buka buku pink ari rabu tapi allah lebih mengetahui pada ari ahad tu aku turun darah dan dah gugur la kandungan tu… Sedih sangat tak sangka suami yang tak nak anak terus menagis… Kami menagis sedih sangat.. Dan terus suami aku rasa takut sebab dulu planing taknak ada anak.. Mgkin allah dah taknak bg kami anak.. Jdi aku tak pantang pape pun… Aku truskan hari2 aku macam biasa.. Aku cuti 3 hari je mase gugur tu. Lepas tu masuk keje macam biasa balik.
Tup tup bln seterusnya aku hamil balik. Tapi time ni da cuak nak pergi klnik sebab takut gugur ke ape ke.. Kami tggu sampi 3 bulan.. Betul2 da kukuh baru pergi cek. allhamdulilah kandugan kedua ni berada dalam keadaan baik2 saja. Sepanjang mengandung ni aku dengan suami kerap jugak gaduh dan aku sering nagis2 je dalam tdo.. Memang emosi terganggu sangat. suami aku cakap lepas bersalin awak berhenti keja jaga anak lah.. Sebab kami tak yakin nak beri pada pengasuh. aku pulak dudak area gombak.. Mak aku kat kampung dia memang takleh jage budak dah.. Dia tak larat.
Dan sekarang ni umur baby pun dah 8 bulan. 8 bulan ni memang aku hidup dalam serdahana je. Aku dah tak bagi mak bapak aku duit dan duit rumah aku tu pun suami bayarkan sebenarnye dalam tempoh ni da banyak aku dengan suami bergaduh tapi aku sabar je harini aku Betul2 dan tak tahan aku sedih sangat. Suami aku cakap, ko ni jadikan anak alasan tak nak pergi kerja.. Sekarang aku yang kena susah payah nak bayar semua. Anak aku pulak jenis meragam asik menagis je. Suami aku lagi angin bila anak menagis2.. Aku tak mampu nak buat ape dah… Hanya mampu berdoa.
Aku nak pergi kerja balik tpi aku taktau nak hantar anak aku kat siapa.. Aku duduk rumah lot area pulak penuh orang asing je.. Nak anta pengasuh hati aku Betul2 tak sanggup. Dengan anak aku yang kerap meragam ni.. Aku takut nanti pengsuh pukul dia… Aku ade try buat bisnis online tpi tak jadi.. Aku tak ramai kawan.. Ape perlu aku buat… Tolong la beri pendapat.. Aku sedih sangat. Aku tak nak bebanakan suami aku. Gaji dia kecik memang tak mampu nak tampung semua. dia pun cuba untuk cari kerja lain untuk dptkan gaji dlm 2500. tapi semua interview yang dia pegi tak pernah dapat. Aku runsing sangat Kadang2 rasa mmacam nak lari je tinggalkan semua ni.
Peluang perkejaan untuk aku pun sangat la kurang sebab faktor aku takda pape sijil dengan umur yang makin naik ni. Aku harap warga krt beri sedikit pendapat.. Kalau ada ape2 kerja yang boleh buat dari rumah tolong la bgtau aku. Terima kasih semua yang sudi baca kisah aku ni…
Kalau yang nak kecam pun.. Aku terima je
Maaf ye kalau cara penulisan aku teruk.. Sebab pertama kali karang ayat panjang2 macamni. ikut2kan panjang lagi nak cerita… Tapi takut org boring pulak nak bace. Terima kasih admin..




