MAK MERTUA KU MRS PERFECT
Assalamualaikum admin n pmbaca2 krt, msalah mak mertua saya ni saya perasan sejak masuk pindah rumah mertua 2 tahun lepas. tapi baru2 ni rasa tak tertahan dihati. Sebelum tu, saya puji dulu yang mak mrtua saya ni baik hati dan penyanyang. Saya sorang je menantu perempan dia, tapi tak penah layan saya buruk atau kejam pada saya. cuma ada perangai dia ni yang saya tak tahan.
First, semua bahan2 masak kat dapur mak mertua letak sorok2 bahan2 tak duduk atas kabinet garam dalam tong sane beras tong sini mana2 lah. saya ni nak masak macam mana?? ok so saya tanya. penatlah kan nak masak kene tanya. jadi tak selesa sebab kita tak boleh nak pandai2.. keje saya asyik tanya mak ni kat mane, mak tu kat mane.
memanglah lama2 sedikit sebanyak saya dah tahu mana barang2 tu diletak. tapi setiap kali masak tetap je ada barang yang dia sorang je tau dimana. kalau saya cari sndri dia tak suka pulak nanti katanya “berhambur barang aku” sudahnya dia duduk kat dapur sekali dengan saya jadi tukang ambilkan barang cum supervisor. ok ni lagi satu, biasalah sudah masak baru kemas, normal lah tu. ni tak, mak mertua duduk sebelah tukang simpan balik barang2 tu. aduhaiiii. saya nak guna lagi.. dia pulak simpan. kadang2 rasa dia ni kenapa kedekut sangat?? saya pernah juga beli barang sendri.. letak atas kabinet susun cantik2. nak tau tak. barang2 saya pon dia simpan!!
sebab tu saya rasa dia ni MRS PERFECT. dia nak brg tu simpan ikut cara dia. kalau saya gantung kuali salah tempat pon dia pergi pindahkan. saya ni lepas siap msk jadi mcm main puzzle tu. eh mana tempat asal besen ni ekk? mana tempat asal gantung sudip ni ekk? sebab kalau saya salah mk mrtua saya akan pergi betulkan siap pakej bebel2 sorang2.. agak2 korang tahan tak?? bukan bab kat dapur je dia buat perangai MRS PERFECT dia tu. kat mana2 jelah. slipar2 dia susun, baju kat ampaian dia susun. pantang saya lmbat angkat jemuran dia cpt2 angkat. pintu rumah kene sentiasa bertutup, apa2 suis hidup cepat2 nak tutup wlaupun kita tengah cas fon. kadang2 saya dalam tandas pon dia switch off lampu
bagi saya dia terlalu masuk campur dan menyibuk macam kitorang ni budak kecil. semua kene ikut cara dia yang terlalu perfect tu. Tapi saya tak berani melawan. kena layankan. masalah ni lah juga yang buatkan saya dan suami selalu masam muka. ayat biasa dia bagi “Biasalah org tua, dah memang macam tu prangai dia, kita yang muda kene fahamlah”. Ya Allah. Macam mane lagi saya nak faham. suami tahu perangai mak dia tu tapi TIADA TINDAKAN DIAMBIL, cuba slow talk ke ape ke ni takde langsung. ajak pindah rumah sewa tu tak yah cakaplah. berbuih mintak. tapi saya kene faham juga belum berkemampuan plus mak ayah tu dh tua. sakit pening kang susah. Hmmm lahai mak mertuaku MRS PERFECT..




