Salam admin dan warga krt. untuk pertama kalinya saya nak share apa yang terpendam selama ni. rasanya tahap kesabaran saya dah cukop menipis. saya dan suami dh berkahwin hampir empat tahon. jarak umur kami lebih kurang 15tahon bezanya. baru dikurniakan seorang anak. sejak kbelakangn ni. sikap suami saya makin melampau. Dia seakan suka galakkan saya ada teman lelaki saya tahu dia jenis open sporting tapi bila saya fikrkan balik apa gunanya saya berkahwin, ada suami tapi suami galakkan saya untuk lakukan maksi*t.
Dia suka saya dedahkan aurat, suka saya berkawan dengan lelaki. keluar bermesra dengan lelaki. sampaikan dia pernah bagitahu saya, sekiranya saya terlanjur sekalipon dia tak akan marah. tapi lebih suka dan dapat bangkitkan lg nafsu dia untuk bersama saya. saya betol2 pelik dengan perangai dia. dulu saya masih boleh terima kalau dia izinkan saya sekdar berkawan. tp sekarang ni makin melampau saya rasa.
patut ke seorang suami izinkan isteri dia bersama lelaki lain. bukan ke itu semua dayus. dia sepatutnye membimbing saya. sumpah saya rse seolah saya ni tak ade maruah di mata suami. kata dia dia ghairah jika lelaki lain sentuh saya. saya jijik. jijik dengar semua ni. dia langsung tak fikir saya ni ada anak kecik. saya lnsung tak pernah terfikir utk bersama lelaki lain. selama saya menjadi isteri dia. saya tak pernah tidur dengan mana2 lelaki selain suami saya. tolong saya warga krt. saya buntu..
saya tak tahu apa perlu saya buat. saya rasa mcm bod0h perhambakan hidup saya demi dia. dulu saya fikir dia mampu bahagiakan saya.. saya tak nak hidup saya lagi rosak dan teruk jika biarkn perkara ni. saya hanya suri rumah sepenoh masa.. tak bekerja. hati saya terasa makin tawar untuk suami. saya minta dia lepaskan saya. tapi dia tak nak. saya nak sebuah kehidupan yang lebih baik dari ini. harap warga krt bleh bagi sedikit pendapat dan pandangan.




