Assalamualaikum.. saya cerita untuk jadikan pedoman di sini. saya ada kawan baik merangkap jiran saya di bawah rumah. dia mangsa kerakusan dan poligami yang kejam si suami. malam tu dia ada WS saya, ajak hantar dia pergi pasar tapi saya tak boleh temankan dia sebab pukul 9 pagi saya ada meeting. so habis part yang tu. Dalam tengahari saya dan suami balik kerja so terus ambil anak dari sekolah dalam masa saya siapkan anak untuk sekolah agama petang, saya dengar bunyi bising2 di bawah sambil bunyi hentakan grill pintu yang kuat, diselangi dengan bunyi org bergaduh dan menangis. suami dan saya turun bawah. Allah. anak2 kawan saya 3 orang menangis kat tepi dinding dan nampk si jantan tengah pijak si isteri berulang2 kali suami saya terus pergi untuk leraikan si jantan tu tolak kuat suami saya sampai tersungkur dia dia cakap jangan masuk campur hal rumahtangga dia. suami saya bangun terus hayunkan penumbuk kat pipi dia dn dia kata ‘klu nak gaduh bukan dgn dgn perempuan bro…klu nak meh kita jantan sama jantan’ terus jantan tu masuk rumah amik kunci dn terus pergi macam tu je. suami saya ambil anak2 nya naik ke atas..
Terus saya tanya kat kawan kenapa. dia cerita, dia pergi pasar jalan kaki bawa semua anak2 dia. masa balik dia tak larat nak jalan dia call uber soh jmput kebetulan laki dia pergi pasar dengan madu dia.. uber tu tolong dia angkat barang2 masuk dalam kereta. laki dia kata dengan marah ‘tunggu ko kat umah’ laki dia sampai2 terus heret smbil tarik rambut dia. dia tanya sapa jantan yang kawan saya ikut tu banyak kali kawan saya kata tu uber dia pun tak kenal so kawan saya jawablah abang tak balik rumah nak dekat sebulan dah barang2 dapur dan basah semua habis tu pun nasib kawan saya berjual kek dan kuih tu yang dapat duit poket kalau tak suami dia memang tak kasi duit.
Dulu baik je tapi sejak berpoligami ni kadang2 sebulan langsung tak balik jenguk anak sedangkan rumah tak jauh pun. madu dia janda anak 2 dan satu sekolah tadika dgn anak kawan saya. Yang paling sedih anak tiri dia jemput sekolah tapi anak sendiri dia suruh naik van kadang2 sedih tengok kawan saya dengan saya lah dia minta pertolongan. apa yang saya tabik dengan kawan saya tak pernah langsung merungut. ikut saja rentak laki dia. Laki dia cikgu dekat2 je dengan kawasan rumah suami saya cakap selalu juga nampak laki dia dengan isteri no2 dia di masjid kalau ada forum selalu dorang pergi tapi kawan saya tak pernah di bawa.
Berbalik cerita tadi. huhu.. saya sabarkan kawan saya sampai dia berhenti menangis dan bawa dia p klinik. doc cakap ni kes kekerasan dalam rumah tangga dan nasihatkan kawan buat report polis. sebab bukan sekali. sejak nak dekat 2 tahun ada madu ni kawan saya selalu kene pukul. laki dia kene reman sekarang so madu dia merayu soh tarik balik report katanya kesian kat anak2, kawan saya cakap ala selama ni laki aku tak amik tahu pasal aku dan anak2. saya kata jangan tarik report ..
So pagi ni kawab saya ajak p pej agama untuk fail kan fasakh. so saya rasa keputusan dia betul laki dia merayu2 nak jumpa tapi kawan saya keraskan hati untuk laki dia.. Walaupun saya tak pernah merasai.. tapi saya dapat apa yang kawab saya rasa. Kesian kat anak2 tanya abah pergi mana. mana2 wanita yang merasainya. berani lah untuk menuntut keadilan. kuat demi anak2. carilah duit untuk simpanan masa depan untuk dri sendiri dan anak2. korang memang wanita yang hebat.