Assalamualaikum. Hide profile saya ye min. maaf saya cuma nak luahkan perasaan saya. kalau boleh jangan sebarkan kisah saya luar group ye. saya sekarang masih dalam pantang ank no 4. baru 25 hari. masa anak saya lahir dia masuk nicu sebab masalah pernafasan. lepas 4 hari dalam nicu dia dapat keluar. masa dia dalam nicu saya ulang alik untuk susu kan dia. lepas sehari keluar esok nya ke kk check dar4h untuk kuning. dokter minta bawak hospital semula sebab kuning anak tinggi. duduk dalam nicu semula 2 hari. dan still check darah untuk kuning dekat kk. hari2 sampai ke hari ni 23 hb still check d4rah baby untuk kuning. air kencing dengan dar4h dekat tangan pun dah ambik.
Macam2 petua saya dah cuba. Kuning turun tapi sikit2. cuma saya dah tak larat nak ulang alik hospital klinik. suami dah banyak advance masa awal saya bersalin haritu. sekarang saya buat kek jual untuk tambah duit minyak dan makan. Tapi saya dah 3 hari ni peranakkan saya dah jatuh. dengan bu4sir lagi. jaga anak2 4 orang lagi. saya jadi tertekan. dalam keadaan tertekan saya still buat kek untuk jual. tapi tadi saya tak tahu kenapa saya rase nak cekik anak2 saya sendiri sebab saya tengah sibuk buat kek yang baby tido kakak abang dia bising dia bngun nangis. saya ulang alik buat kek dan susu kan baby dlm sejam ada 3 ke 4 kali.
Saya jadi penat sangat. dengan keadaan tak sihat macam ni. macam2 saya bayang nak buat pada anak saya. saya tak tahu nak luah pada siapa. bila cerita pada kawan mesti semua minta saya ingat Allah. istifar. Setiap kali saya bayang yang bukan2 memang saya akan istifar pasang ayat al-quran. tapi kadang saya tetap tak kuat. saya akan menjerit dekat anak2 saya. Masa berpantang saya makan telur dengan kicap dah terpaksa. tak makan nanti perut kosong orang selalu pesan saya makan benda khasiat saya nak beli ikan pun fikir banyak kali nanti duit minyak nak ulang alik klinik anak takde.. ada yang nak tolong anta ambik saya ulang alik klinik dan hospital tapi saya malu sebab dengan anak2 saya lagi. dan orang tu pun dah banyak sangat bantu saya.
Saya dengar je ape orang nasihat suruh makan tu makan ni untuk sihat. tapi saya tak mampu nam dapatkan semua tu. saya guna je ape yang ade. bila saya dalam keadaan macam ni ade yang tanya nak ambk anak saya. saya jadi lebih tertekan. memang saya susah. tapi tak kan sanggup nak pisah dengan anak yang saya lahir kn. Entah lah. semua benda jadi serba tak kena. tertekan sangat2. bila saya whatsapp suami mengadu dia akan cakap dia balik nanti dia uruskan ank2. tapi sementara dia kerja saya kat rumah dengan anak2 jadi macam huru hara sangat. saya tak tahu lah kenapa dengan diri saya..
sekarang ni hari2 saya menjerit dekat anak2 saya. kadang sampai saya ketuk2 kepale sendiri sebab tak nak cedera kan anak2 saya. ape lagi saya nak buat untuk hilangkan tekanan ni. saya sayagkan anak2 saya. sekarang ni saya jadi macam terteka. tapi tak tahu nak luahkan pada siapa. sebab takot orang kata saya dah gila dah. tapi saya cuma tertekan je. terima kasih pada yang sudi baca luahan saya. doakan saya kuat ye.




