Salam min,please hide account fb ye. Saya bukan nak cerita pasal masalah rumahtangga Tp Nk cerita pasal masalah peribadi saya.. saya student berumur 21 tahun dan saya seorg perempuan, saya Ada 7 org adik beradik, 3 perempuan dan 4 lelaki dn saya merupakan anak bongsu.
Masalah Sy Adalah mengenai isu bilik tidur saya, rumah parent saya ni ada 7 buah bilik,1 bilik parent,6 lg bilik adik bradiklah.. Tapi dalam rumah tu ada saya mk ayah dan abg 2 orang yg bekerja berhampiran Kawasan rumah. kedua abang2 dan kedua akak saya kerja luar negeri jadi apabila raya atau semua adik beradik saya pulang ke kampung saya diharuskan keluar dari bilik saya sendiri kerana kedua2 abang dan kedua2 kakak saya sudahpun berkahwin dan mempunyai anak masing2, dan abg yang lain pula inginkan tidur sorang2.
Jadi apabila hari raya saja saya diharuskan untuk tidur dengan ibu bapa saya dalam seminggu macam tu.. sekarang saya sudahpun berusia 21 tahun wajarkah saya untuk tidur dengan ibu bapa saya? Saya agak segan untuk tidur bersama ibu bapa saya tambahan pula untuk menyalin Pakaian atau mandi kerana bilik air ade dalam bilik mk ayah (master room) senang cerita saya tak selesa untuk beradu Di bilik ibu bapa saya.. tambahan pula semasa saya tengah menyalin pakaian ayah saya masuk ke Dlm bilik dia tak tahu saya sudah menyalin pakian pintu bilik parent saya tak boleh dikunci ini satu masalah bg saya. ada satu hari tu ibu saudara saya bertanya “kau tak Malu ke tidur dengan mak ayah” saya balas terpaksa mengalah sebab saya ni belum kahwin.. tapi sampai bila saya perlu mengalah?
Saya ada minta kepada abang saya yang 2 orang tu Supaya tidur sebilik agar saya dapat tidur seorang tetapi mereka tidak mengendahkan permintaan saya dan berkata tidak mahu. Tak bolehke saya nak tidur dalam bilik saya sendiri? Untuk pengetahuan abg2 ipar dan akak2 ipar saya pun satu negeri dgn kakak dan abang jadi memang Setiap raya kakak dan abang Akan tidur Di rumah orang tua saya.. jadi saya nak minta pendapat daripada warga KRT bagaimana harus saya lakukan untuk beritahu kepada mereka bahawa saya sudah tak nak untuk keluar dari bilik tidur saya sendiri untuk raya kali ini..terkadang saya rasa saya mahu tidur Di hotel bajet saja dieorg tk fikir tntg keselesaan saya, dieorg hnye fikir keselesaan dieorg.
Mungkin bagi dieorg ala mak ayah kau jugak sebilik pun.. Tapi tidak bagi saya jujur saya cakap saya tak selesa untuk tidur Di bilik ibu bapa saya. saya ade bercadang yang perempuan tidur Dlm bilik yang laki tidur luar Tapi mereka macam kurang senang dengan cadangan saya tu. Maaf Kalau penulisan saya ni bercelaru saya tulis secara direct Dn tak sempat nak buat betul2 DiSebabkn saya baru bermula semester baru




