salam admin..tolong hidekan fb saya..dan apa perlu saya buat. first saya berkenalan dengan seorang lelaki, masa tu saya janda anak 1, sebelum ni saya tawar hati dengan insan bernama lelaki, sampaikan saya ada hubungan sejenis. bila saya kenal lelaki ni, saya lupakan kaum sejenis saya. dan saya menjalinakan hubungan percintaan. saya mudah sayang orang. tu lah kelemahan saya. masa bercinta dia banyak tipu saya. mula2 dia pakai duit saya dengan alasan ibu dia nak operati0n mata, saya bagi dia duit tu walaupun duit tu saya nak bayar rumah dan kereta. dia paksa saya untuk bagi semuanya.
Dan die pakai kereta saya sedangkan die ada kereta. tapi kereta biasa. Setiap hari tukar pakai kereta. dia janji nak bayar kereta saya tapi tak ada pun. dia pantang saya ada duit mesti mintak belanje lah. ape lah kalau boleh nak saya bi tak berduit langsung. masa sehari sebelum nikah. saya nak batalkan pernikahan. sebab saya rasa takut perkara lama ulang lagi. dan saya tak boleh teruskan sebab saya tak percaya dia sebab die banyak tipu saya. dia kasanova dan jawan dengan perempuan lain pun sebab duit.
kikis duit perempuan dengan alasan mak sakit. adik sakit. bila saya nak batalkan majlis nikah tu dia tumbuk saya dan mata lebam. Dia pujuk saya yang konon nak saya jadi makmum die dan die imam saya tapi saya tak pernah nampak die sembahyang dan saya terpaksa nikah dengan die bila nikah saya balik kg duduk rumah sewa akak saya. dan saya masa tu keguguran. kereta saya kena tarik masa kat tangan dia. dia kata dia bayar duit kereta dan saya bayar duit rumah. Tapi takda pun. dia pun bawa saya balik uma mak die.
memula dok sana ok je. Saya tolong masak ape semua. tak pernah tak buat tak tolong. kekadang mood die tak baik. die baling periuk kat atas meja. Saya diam je. adik dia sakit mintak hantar berubat sana sini.. tapi bila saya drop. Kereta kena tarik. Tak ada pape. semua macam pandang sebelah mata. masatu lagi dengan saya tak ada kerja. mengandung. anak saya yang sulong sekolah. saya memang tak ada kenderaan nak hantar. pinjam motor bapak mertua. lepas tu die cakap saya menyusahkan. ok takpe.
Saya kerja kontrek kilang. pernah 1 hari saya tak sedap hati pergi kerja. Waktu mengandung anak no 2, suami saya tak kerja tetiba saya pengsan. Dan di hantar balik. bila tiba kat rumah. dia takda. Rupanya keluar dengn pompuan lain. patut seblum ni bila balik kerja die smart..pakai wangi2 rupanya die keluar ngn pompuan lain. malam tu saya mengamok. dah lah kerja dari pagi sampai malam. die buat hal last malam tu saya bawa anak sulong saya balik kg. malam tu tak ada bas saya dengan anak tidur kat kaki 5 sementara tunggu bas..
Bila pagi saya balik kg naik bas. Dah sebulan die datang ambik saya. dan saya pulak lembut hati ikot die balik. pasti kami sewa bilik atas rumah kedai. kali ni saya bru lepas bersalin anak no 3. anak saya menghidap penyakit jantung. dan kali ni die kerja bagus sikit. Tapi duit pun tak nampak. bila tanya duit bayar bil hospital. asik mengungkit bayar bil. sampai saya fikir. bayar bil tu tanggungjawab siapa. Duit asik enjoy sana sini. saya ni yang masih berpantang die tak bawa g urut pun sampai sakit2 badan..
Bila minta die urut pula. die urut sekuat hati tak ikhlas. badan saya sakit saya diam je. dengan setiap malam anak mengamok. die tak ada pun nak tolong ke ape ke. dan malam tadi die tipu saya lagi. Saya dah lah dalam pantang. nak ke tandas tak berani tinggal anak sorang. sebab duduk bilik sewa. tunggu dia balik dari hantar anak mengaji berjam. rupenye g tolong adik die yg dah cakap bebukan g hantar kuih.. dulu adik die cakap saya bukan2. sekarang pandai mintak tolong pulak. balik die tipu saya alasan tunggu beger tak siap2. saya mengamok.
Die tumbuk saya tunjal kepala saya sampai masa tu saya ambik gunting nak bunnuh die saya tarik kepala die suruh tengok baby yang dalam hari tapi die memang b0d0h. saya sampai sakit badan. saya mandi dan keluar. bawa kereta. dlm kereta saya menangis. dalam pantang dah 2 kali saya tak pernah tak stress. lepas saya menangis saya balik sebab fikir bby kat bilik sewa tu. die cakap saya mak tak bertatggung jawab. dah memalam bangun 3 4 kali. kekadang tak tidur die kata saya tak berta ggungjawab. dia sedap tidur. takpikir pun.
Dalam pantang saya tahan lapar..kais pagi makan pagi saya diam je balik sampai bilik bby mengamok nak susu dia biarkan je..sedangkan doktor dah cakap. baby ada sakit jantung kena makan ubat on time. Selepas susu dia bagi bby minum air mineral dan nak bagi ubat pastu nak balik uma mak bapak die bawak bby. ingat saya nak lepaskan. saya rampas bby dari die. bagi susu. anak saya dah macam orang kebulur. ya Allah. stress gile saya. ikotkn hati saya nak keluar je. Tapi tak ada hala tuju mak ayah dah lama meningg@l. saya buntu. geram.. tak tau nak terluah.




