Assalamualaikum dan slm sejahtera.. Rasa terpanggil untuk meluahkan rasa hati.. Mohon dihidekn acc ini.. Aku berkahwin dengan suami atas dasar cinta, berkenalan d universiti sehingga ke jinjang pelamin.. Tahun ke 3 berkahwin Alhamdulillah di kurniakan seorang cahaya mata lelaki yang sekarang berumur 10 tahun.. Dan Tahun yang sama juga aku mendapat kerja sebagai staf gov manakala suami juga medapat kerja sebagai staf gov.. Alhamdulillah rezeki anak aku.. Rumahtangga aku bahagia wpun tak mewah tapi Alhamdulillah ckp mkn pakai dan Alhamdulillah suamiku seorg yang baik dan penyayang, kami jrg bergaduh sehingga kan boleh dikira setahun berapa kali… Mak dan arwah abah aku melayan suami ku seperti anak sendiri.. Kadang2 lebih dari anak sendiri dilayannye..
Selepas 3 tahun bekerja suamiku dinaikkan pangkat dan d arahkan bertukar ke negeri lain, selepas 3 bulan aku membuat permohonan pertukaran dan Alhamdulillah berjaya tingl bersama suami.. Perkahwinan ku berusia 12 tahun aku diuji apabila ex gf suami aku hadir dalam hdp aku dan keluarga ku..daripada seorg rakan aku mendapat khabar yang mereka akan berkahwin.. Luluh hati hanya Allah yang tahu, abg ipar ex gf suami aku telah bertanya hal aku dan anak pada kenalan ku.. Dan bagi tahu juga yang adik iparnya akan berkahwin dengan suami ku… Mlm tu jg aku cuba berbincang dengan suamiku, dan masih aku ingat dia bagi tahu yang dia sekarang adalah tunang orang… Suamiku tunang orang.. Allahuakbar. Aku pegang lutut suamiku sambil menangis minta sangat2 jangan diteruskan niatnya itu macam pengemis aku rasa masa tu tapi sikit pun tak terkesan dihatinya..
Mak aku menangis dan merayu masa tu supaya suami ku tidak meneruskan niatnya… Keesokannya dia ke pejabat agama untuk mtk pandangan di sana.. Dan masih ingat dia whatsap yang dia mtk untuk aku terimanya kembali dan dia telah bagi tahu yang dia tak jadi kahwin.. Alhamdulillah masa tu rasa tenang ht.. Tapi pns tak sampai ke ptg.. Aku dpt tahu mereka msh berhubung lalu aku talifon perempuan tu seorg guru aku mtk supaya dia berundur dan jgn ganggu rmh tangga aku.. Antara ayat yang masih terngiang d igtn aku hingga ke hari ni.. Dulu dia tinggal saya kerana awak dan sekarang pun dia tinggal saya kerana awak… Suami aku dh maklum pd kluarga perempuan tu yang dia dh berkahwin dan ada anak, tapi kluarga nya blh terima krn ingin tumpang ksh syang..
Hati isteri.. Setelah 4 bln peristiwa itu.. Allah bg petunjuk apabila mlm tu aku buka telefon suami aku dn npk gbr dia dan ex gf berlaga pipi.. Allahuakbar macam nak luruh jantung.. Aku tanya dia tak jawab.. Mak aku tanya br dia ngaku yang dia dan ex gf tu dah berkahwin sebulan masa cuti sekolah dan berkahwin di sempadan Thailand, kluarga perempuan tu yang bawa.. Hanya Allah yang tahu hatiku masa tu… Bila ditanya atas alasan apa, dia bagi tahu kerana anak, dia nak anak yang ramai.. Allah Maha Berkuasa selepas 5 bulan dia kahwin aku disahkan pregnant.. Spjg mengandung aku dengan air mata.. setiap kali cuti sekolah suami aku dengan isteri ke 2.. Ke klinik dan pemeriksaan kshtn semua aku pg sendiri…terlalu byk air mata hanya Allah yang tahu.. Terlalu byk utk dikarang tapi cukup dipendekkan.. Alhamdulillah aku dh slmt lhrkn anak perempuan yang comel… Allah anugerahkan aku sepasang cahaya mata…sdgkn perempuan tu hingga hr ni blm lg pregnant…
Buat mu perempuan yang telah merampas ksh sayang suamiku ksh syang bapa kpd seorg anak…. Ketahuilah apa yang tlh awak lakukn terlalu keji.. Awak post gbr awak berdua berseronok dkt media sosi@l awak nak semua org tahu yang awak adalah isteri kedua pd suami kita.. Sentiasa tag supaya semua org blh nampak awak.. Awak sentiasa cuba sakitkn hati aku. Satu persatu awak buat… Awak seorg guru sepatutnya lebih prihatin kesan keretakan rumahtangga pada anak2.. Mana hati dan perasaan awak… Pernah aku baca whatsap.. Awak takut dia tinggalkan awak, awak takut dia lebihkn aku.. awak takut dia lupakan awak sebab tu sanggup awak ulang alik setiap minggu yang ambik masa perjalnan 7 ke 8 jam jaraknya..
Mungkin hr ni awak rasa awak berjaya.. Berjaya pisahkn suami dan isteri berjaya pisahkan anak dengan bapa hinggakn anak yang kecik demam dan panggil je abahnya. Allahuakbar kekuatan ku diuji dengan manusia yang tidak punya hati dan perasaan. Awak berjaya jdkn dia anak derhaka hanya utk kptgn diri sendiri.. Igt lg arwah ayh pnh ckp anaknya anak derhaka krn membelakangi dia dengan berkahwin dengan awak.. . Menangis masa tu bila fikirkan anaknya… Awak hebat.. Tapi aku yakin kuasa Allah lg hebat… Awak takut dengan byang2 sendiri… Bahagia atas air mata aku, anak2 dan kluarga ku… Allah Maha Berkuasa, Allah Maha Mengetahui… Mcm2 awak buat utk pisahkan aku… Jodohku msh pjg… Setiap perbuatan akn ada balasan tdk didunia tapi di akhirat… Anak2 aku perlukn ksh syang seorg bapa..




