Assalamualaikum.. Harap dapat siarkan masalah saya. Saya sudah berkahwin dengan suami saya selama 7 tahun. Kehidupan kami biasa-biasa sahaja. Kadang bergaduh kadang baik. Kami belum dikurniakan cahaya mata. Sudah beberapa kali menjalani rawatan namun tidak berhasil. Suatu hari, saya buka telefon suami. Sebelum ni pon saya memang selalu buka telefon suami. Kadang baca whatsapp dia, kadang tengok fb.. Tapi memang tak pernah ada apa2 yang mencurigakan. Suatu hari ni, saya buka google dalam phone dia. Saya buka bahagiam search history. Sebab nak cari web site yang saya ada buka sebelum ni. Tiba2 saya terpandang senarai web site yang pelik. Bila saya tekan terkjut bukan kepalang bila semua lawan web luc@h.
Yang paling mengejutkan semua lawan web tu berkisar tentang hubungan sejenis dan Saya teringat perbualannya yang Dia pernah menceritakan tentang kisahnya waktu kecil sewaktu kecil keluarganya suka pakaikan dia pakaian perempuan Orang kampung juga ada menggelarkan dia p0ndan. Bila dia berkahwin dengan saya, memang keiiginannya untuk bersama agak kurang. Tapi saya beranggapan bahawa mungkin dia letih bekerja. Dia pon tidak keluar malam. Rakanya juga semua berkhwin. Tiada rakannya rapat. Tapi saya tidak menyangka bahawa dia sukakan pasangan sejenis. Mungkin dia tidak melakukan hubungan sejenis. Tapi n@fsunya lebih terarah kepada lelaki.
Jika saya telusuri balik kehidupan kami, hubungan kelamin kami memang biasa2 sahaja. Kdg 3-4 bulan saya tidak bersama dengan dia. Dia tidak suka saya peluk atau pegang2 dia. Saya anggap itu normal. Sehnggalah saya terjumpa carian dalam phne dia tentang hubungan sejenis. Sudahla saya tidak ada anak bersama dia. Saya rasa seakan2 saya ni hanya lah untuk menutup nafsu sonsang dia. Jujur saya cakap, saya juga ada hati dan perasaan ingin dimanja dengan suami sndiri. Patutlah dia seakan2 nak mengelak untuk bersama saya. Saya sedih dengan perkara ini. Perlukah saya bertanya perkara sebenar kepada dia. Saya hanya simpan perkara ini sndiri sehinggakan saya berasa sangat tertekan. Kadang saya rasa jijik melihat dia. Apa y perlu saya buat?




