Assalamualaikum min mintak tolong hide siapa aku. Aku share bkn nak mintak kesian atas kesalahan sendiri aku harap ada insan yang sudi nasihat dan bagi pendapat terbaik untuk kehidupan aku…
Kisah nya bermula bila aku jadi janda di usia yang muda aku sah bergelar janda tanpa ada anak suami tingglkan aku tak ada sebab munasabh yang aku tau Dia cerita dekat orang yang aku mandul Ya jadi janda muda risiko dan fitnah termasuklah g0daan banyak ramai aku berkawan alhmdulillah aku masi ingat batas dan d0sa .
Sehinggalah aku berjumpa suami aku sekarang, aku kawin dengan dia sebab aku nampak kesungguhan dia dalam mengejar cintaku dengan dia. Lama aku abaikan chat serta pnggilan telephone nya sebab dia masi muda. Tak la muda sangat hihi. Mei tahun ni aku nikah dengan dia sebelum nikah dia dah usir aku dia dah cakap macam2 kat aku min termasuklah status ku janda, Aku pertahankan rumah tangga ni sebab aku sangka ujian Allah untuk aku dan aku sangat sayangkan dia. rupanya tak ini la dia yang sebenar, masuk bab jadi isteri dia biasalah gaduh manja, dan selang masuk bulan 7 aku diusir aku d hina aku disindir, banyak bnda yang dlu dia tak ikhlas korban kan dengan aku,
yang paling sedih dia kata menyesal memperisterikan aku aku nangis semahunya min bukan sekali dia sakitkan hati aku berkali2 termasuklah mak mertua aku yang perempuan asal ada orang datang di situla dia tembak aku. Masa raya ke 10 makcik belah suami ada buat majlis rumah terbuka, di hujung majlis ada la kami berkumpul masa kat ruang tamu ada aku, suami kakak sepupu suami, makcik suami aku mertua perempuan aku dan adik ipar aku usia 5 tahun, cerita punya cerita biasalah mertua ni suka bandingkan menantu, sehingga la mertua aku kata ‘disebabkan kawin dorang ni aku sampai sekarang tak dpat beli tanah dan laki ku terpaksa keja bertahan dekat compny tu sebab rumah, tak ada kesian langsung sama bapak dorang matanya menjeling dengan aku yang duduk berhadapn dia,
Allahhu min malu aku macam aku rasa muka aku cair sebab tahan malu, masa tu makcik suami sempat cubit paha mertua aku tapi dia sempat cebis kata ‘ish’ suamiku cuma balas ‘ sudah takdir aku kawin trimalah’ sedih aku rasa tak nak pijak lagi ruma makck tu. Lepas dri kejadian tu dia selalu sindir aku, setiap hari setiap jam ada saja salah ku dimatanya. Untuk pengetahuan suami aku anak pertama lelaki dan anak ksayangan mertua ku sebab apa ksayangan sebab dah beribu duit mertua aku labur kan untuk dia dan masa dpn nya masa bujang, Dia selalu bandingkan aku dengan kekasih nya yang dulu dia kata aku gemuk dia kata aku tak cntik tak bergaya tak pakai baju mewah tak pndai bermakeup tak pandai berwangian.
Bkn tak nak min aku paham isi dompet suami bergajikan 1050 sahaja kami perlu tanggung kos belanja ruma lauk hari2 aku tak nak siksa suami. Hampir setiap malam saya pikirkan dosa apa yang saya lakukan smpai suami hina aku . Terlalu besarnya perasaan aku korban, asal silap suami mak mertua tuduh saya asal suami tak sentuh masakan nya dia tuduh saya cakap aku hasut dan tunduk kan suami dia tak tahu hmpir setiap hari anak nya ungkit kelemahan aku ungkit kejelekan aku, aku juga setiap hari takut untuk berhadapan dengan mereka bedua min.
Smpai lah sekrang pengorbanan aku besusah payah dengan suami tak da dihargai malahan saya dituduh pembawa malang, suami aku cakap dia kawin sebab ksihan dan hatinya takperna sayang saya dri dlu . Skrg suami merantau jauh saya lepaskan dia berkaja jauh hanya kerna dia ingin berbakti untuk org tua nya nak belikan rumah, skrg kami tggl ruma kongsi.
Setiap hari saya lap airmata bagi peluang . Dan setiap kali peluang d beri macam2 tomahan cacian sindiran aku kenak. Aku tak tahan min mental dh koyak hati aku hancur saya takut jadi janda tak nak makbapa aku nangis masa dlu aku d ceraikan aku juga tak nak keluarga pandang aku menyusahkan mak bapa aku . Aku takut mulut mertua dan suamiku aku tak snggup dgr. Aku harus kemana,? Aku tak tahan setiap kali tercetus nya pergaduhan aku ingat kata2 kesat dorg min . Di bawah aku sertakan ayat yang suami aku perna ungkapkan dpn ku.
‘Aku tak sayang kau ‘ kau susahkan hidupku ‘Aku kawin sebab kasihan
‘Aku benci kau ‘Kau larilah kemana pun aku takkan carik kau ‘Perempuan macam kau di mana2 bleh aku dpt ‘Ramai perempuan suka kat aku lah ‘ kalau mak aku tak suka kau kau blah la dri hdup aku
‘Aku menyesal kawin dengan kau sebab kau mamak ku selalu badmood. ‘Sebab kau aku susah ada harta ‘Aku taknak anak lagi ‘Aku blm bleh terima kalau kau mengandung, aku blm sedia ‘Balik la kau ke ruma makbapakmu ‘Aku bosan tgok kau takpndai becantik tgok exgfku cantik oo . ‘Aku hanya perna sayang stghmti exgf aku bkn kau ‘Semenjak kau hadir dlm hdupku aku terbeban tq min doakan ketabahan milik aku sentiasa.




