Assalamualaikum wbh kepada warga KRT. Terima kasih kerana sudi menyiarkan kisah saya kepada tontonan warga KRT. Saya Ieka. Berumur 38thn, seorang ibu kepada 4 anak. Cerita saya bukan berkisar pada masalah rumah tangga sahaja, tauladan juga kepada ibu, anak, adik dan kakak diluar sana. Saya merupakan anak ke3 dalam 9 adik beradik. Anak perempuan sulung kepada ibu bapa saya (anak pertama dan kedua lelaki). Saya nk ceritakan kesan dan akibat daripada fitnah kepada kehidupan saya dan keluarga. Kehidupan Kami dari kecil susah. Ayah bekerja dengan syarikat swasta ibu guru agama dimana hanya mengajar pada sebelah petang sahaja.
Saya merupakan mangsa dera.. akibat dari mulut. Mangsa gangguan sksual seawal usia 6tahun. Sepatutnya saya merupakan anak pertama perempuan merupakan anak yang dimanja.. tetapi tidak. Saya tidak merasakan itu. Ibu dan ayah tidak berapa senang untuk menjaga anak perempuan. Buktinya saya…dan adik saya perempuan (anak ke4) dijaga oleh saudara/ nenek saudara/ mak saudara. Adik saya dijaga oleh nenek saya semenjak lahir. Saya diberi ibu dengan saudaranya alasannya berperangai sejak kecil. Dimana akhirnya saya dijaga oleh nenek sehingga usia saya 12 tahun. Dimana pada masa itu ibu dan ayah berpindah semula ke rumah nenek.
Selepas berpindah dari situlah bermula saya sentiasa “makan tangan” dengan ayah. Rumah nenek banyak penghuni. adik tiri ayah. adik2 ayah. Cerita gangguan sksual. saya diganggu oleh adik tiri ayah. Bila saya mengadu, tiada yg percaya. Nasib la saya melawan setiap kali berlaku. memandangkan mulut saya memang bising adik tiri ayah tak berani nak lebih2. Malam2 tidur memang tak lena kalau tak kunci pintu. Saya juga kena berjaga untuk adik2, sebab pernah nampak dia ganggu adik.
Dipendekkan cerita saya berpindah ke kampung sebelah ibu. Tinggal bersama ibu. dirumah pusaka arwah nenek. Dikampung macam2 dugaan. Saya difitnah oleh bapak saudara (abang ibu). satu kampung memang naik nama saya. digelar dengan macam2 gelaran. Masih kena pukul ayah walaupun usia dah 17 tahun. Tak pernah nak minta wang belanja sekolah dengan ibu ayah sebab tahu tiap kali minta memang tak da. Terpaksa bekerja lepas balik sekolah. Dikedai runcit nenek saudara (adik kepada nenek sebelah ibu) menagih kasih dengan nek ngah, sebab nenek sendiri tak layan. Dikutuk. sumpah dah memang makanan.
Sehinggalah saya tunggu result SPM. alhamdulillah cemerlang. Dapat pangkat 1. Tapi, ibu tak nak saya teruskan sambung belajar, nak saya kerja…sebab alasan SPM cemerlang memang senang dapat keja. Pemikiran orang dulu2 asal SPM cantik, keja senang nak dapat. Last tak dapat keja saya kawen. Sebab suami ni sanggup nak tanggung kos pembelajaran saya. Walaupun saya tak bercinta pun dengan suami. Tapi suami sayang saya sangat2. Episode kawen pulak lagi sedih. Dugaan masa ni. macam2. Ipar duai tak suka. Mentua tak suka. Masa mula kawen. Sebab saya Muda. Tak kerja. Malas nak panjangkan cerita. Sebab risau nanti warga KRT bosan nak baca.
Saya pernah difitnah Ipar duai. akhirnya yang penyebar fitnah sekarang hidup pun kucar kacir. Ipar duai dia pun tak suka dia. Mentua sekarang pun baik dengan saya sebab saya dah kerja. gaji boleh tahan. Ada bisnes sendiri. Orang2 yang pernah aibkan saya. sekarang salah seorang nya sakit. Anak2 jual habis harta peninggalan nenek yang mana harta tersebut sepatutnya dibahagikan kepada adik beradik (emak dan adiknya) tetapi dia bolot semua. Mak saudara yang pernah fitnah saya goda suami dia…ditinggalkan oleh suaminya sebab perempuan GR0. Sebab saya kena tuduh kerana saya tak mahu ikut suaminya hantar saya kesekolah. Alasan nk hantar sekolah, tapi sebenarnya dia ada niat x baik dengan saya.
Setiap kali fitnah datang ibu akan mengamuk ayah akan pukul saya Walaupun bukan salah saya tidak ada yang pertimbangan dan tidak ada siasatan. Kesan penderaan tersebut saya Masih rasa sampai sekarang. Alhamdulillah. sekarang saya bahagia. suami saya baik. Suami tak pernah pukul. sabar. Saya jatuh cinta dengan suami saya selepas kawen. Bercinta lepas kahwin memang indah. Sekarang dah 20 tahun usia perkahwinan saya. Insha Allah akan saya jaga amanah Allah. Ingat. sabar itu kunci kekuatan dan kebahagiaan.
Berkat sabar. dengan dugaan. Saya mampu bahagia. Walau apapun yang pernah ibu dan ayah lakukan, saya tak pernah anggap tak sayang. Saya anggap semua itu adalah semangat saya untuk lebih baik…lebih berjaya. Ayah saya pernah melafazkan Maaf diatas segala perbuatan nya kepada saya dan Saya sudah maafkan semenjak saya bergelar isteri kepada suami saya tapi Ibu Masih macam dulu dengan egonya. Tetapi jauh disudut hati, saya tahu ibu mana tak sayang anak. Saya sayang ibu saya. Sekurangnya dia tak buang saya. dia tak bunuh saya sejak bayi.
Dia benarkan saya hidup. Dia juga pernah peluk. cium saya. Cuma layanan nya berbeza dari adik beradik yang lain. Walaupun sekarang dia berubah dari suka cari gaduh sekarang tak boleh nak nampak wajah saya. Sekiranya tak datang…dia akan kata rindu. Syukur. walaupun saya dapat rasakan sayang itu disaat dia dalam keaadan yang tidak sihat. tidak berdaya. Saya sayang keluarga saya. Ingat!!! Fitnah bukan boleh mendatangkan senang kepada anda. Walaupun bukan sekarang. ingat kifarah itu ada. Allah Maha Mendengar.




