Assalamualaikum,diharap min dan juga pengikut setia krt sentiasa bahagia, hidekan profile saya ye min, sebelum ni saya pernah post dekat page ni tentang suami saya yang sudah jatuh sayang pada bekas anak muridnya, suami saya guru sek rendah. apa perlu saya lakukan apabila suami saya sudah jatuh sayang pada anak muridnya? nak jadikan madu? pelajar tu baru ting 3, dan suami pula tidak mampu kerana perbelanjaan harian banyak yang dikongsi dengan saya juga seorang guru.
Akan tetapi suami selalu bgtau saya alangkah mulia hati saya jika dapat terima pelajar itu suatu hari nanti sebagai madu kerana pelajar tu sekolah agama, pasti dapat mendidik anak anak mengaji, menjadikan keluarga lebih harmoni, tapi saya katakan padanya bahawa suami tidak mampu, tetapi suami hanya menuduh saya hanya nampak kebahagiaan itu dari duit sahaja.
kata suami, hati saya ni penuh kebencian kerana tidak terima dan tidak pandang poligami dari sudut positif. sekarang ni suami dan pelajar itu tidak berhubung kerana saya telah berbincang secara baik dengan pelajar itu agar lupakan hasratnya, agar dia ingat matlamat utamanya sebagai pelajar, tapi suami saya seperti orang angau dan mabuk cinta, saya pula yang sakit hati melihat perlakuan suami.
Suami katakan pada saya,makin saya cuba menghalang hubungan mereka,rasa sayang dia terhadap muridnya semakin menebal. Saya luah di sini, sebab nk minta pendapat, betul kah tindakan saya menyekat mereka dari berhubung? adakah semakin saya menyekat mereka dari berhubung, makin datang rasa sayang?,mungkin ada yang tanya kenapa suami boleh jadi begitu? untuk pengetahuan,,walaupun saya bekerja tetapi saya tetap jalankan tugas sebagai isteri,memasak,mengemas sehingga tiada waktu rehat dan tiada waktu untuk sentiasa berdampingan dengan suami.
Saya masih ingat ayat pelajar itu mengatakan yang saya hanya sibuk di sekolah dan di rumah sampai tiada masa untuk melayan suami berbual2, mendengar suami bercerita, ya benar, selama ni saya memang sibuk, saya sibuk uruskan anak, uruskan rumah kerana untuk menyenangkan suami saya, bab duit pun saya tak berkira sebab saya juga bekerja, cuma saya sedih bila dalam kesibukan saya uruskan kerja sehari hari, suami ambik kesempatan untuk berwhatsapp, tel anak muridnya sehingga timbul rasa cinta dan sayang.




