Assalammualaikum warga KRT. Saya seorang single mother berumur 36 tahun, mempunyai 3 orang anak. 2 orang dah bersekolah dan seorang lagi juga akan bersekolah pra 5 tahun pada tahun hadapan. Saya bekerja dan menanggung semua perbelanjaan sendirian tanpa bantuan bekas suami. Ex husband telah pun berkahwin dan mempunyai 2 orang anak dengan isteri yang baru. Kehidupan saya biasa-biasa sahaja. Tidak mewah. Cuma masalah saya, suami tidak pernah memberikan nafkah kepada saya atau anak2. Saya telah diabaikan selama 3 tahun kerana dia berkahwin dengan perempuan seberang yang juga single mother tanpa pengetahuan saya.
Selama itu saya menanggung semuanya sendiri. Akhirnya kami berpisah juga kerana dia memilih untuk bersama perempuan seberang tu ( teringat kata-kata KRT ” menjandakan isteri sendiri untuk janda lain”. Sedih sangat) . Saya tau kehidupannya pun tak senang mana. Tapi saya pun ada anak2 bersama dengan dia. Jadi sepatutnya dia masih bertanggngjawab pada mereka. Hari ni saya terduduk bila kira2 duit bayaran yuran persekolahan beserta buku tulis sahaja untuk 3 orang anak mencecah RM800, belum baju sekolah lagi.
Dah 2 tahun anak2 tak berganti baju dan rasanya tahun ni memang kena beli baru sebab semuanya dah tak muat kalau koyak boleh dijahit pudar boleh di nila tapi dah sempit. Masalah di sini saya nak minta pendapat, macam mana lagi nak cakap dengan ex husband supaya dia bertanggungjawab pada nafkah anak2. Bantu saya sikit2 untuk bayar yuran dan beli keperluan anak. Saya mesej tak pernah balas, saya dah minta tolong ahli keluarga dia maklumkan pun dia tak respon juga. Saya pergi rumah dia, seboleh2 dia tak nak jumpa saya.
Macam mana lagi cara untuk dia bertanggungjawab. Perintah mahkamah memang dah menyebut jumlah yang perlu dia berikan pada anak2. Tapi dia tak mampu pun dan tak pernah bagi. Tapi nampaknya saya tak boleh berdiam lagi. Dia perlu juga bantu saya. Tapi dengan cara apa supaya dia ada rasa tanggungjawab pada 3 orang anak2 dia ni. Mohon pendapat warga KRT semua.




