Admin , Mohon hide kan profile saya. Hari ini baru ade kekuatan untuk saya kongsikan kisah suka duka saya sepanjang 6 tahun perkahwinan. Saya akan menceritakan dari awal perkenalan sehinggalah sekarang. Saya diuji dengan sebesar-besar dugaan. Perkenalan saya bersama suami bermula dari Saya belajar di sebuah IPTA di Jb. Saya tidak menyukai suami, benci melihat dia.
Tapi suami tidak putus asa untuk memikat saya, pelbagai cara dia gunakan untuk memenangi hati saya. Suatu hari dia terus datang kepada saya disebuah kedai makan yang ketika itu saya sedang makn bersama kawan. Dan dari situlah kami mula berkawan. Dari benci menjadi suka, ternyata suami seorang yang kelakar dan pandai mengambil hati saya. Kami berkawan dan bercinta selama setahun.
Sepanjang bercinta suami tidak pernah berhabis untuk saya, katanya tunggu jadi yang sah baru dia akan tunaikan segala permintaan saya. Saya tidak kisah kerana saya datang dari keluarga yang agak senang. Kalau keluar saya yang akan mengambil dia, Sebab ketika itu, dia hanya memiliki sebuah motor dan saya sudah memiliki kereta. Habis pengajian, saya bekerja dan terus bertunang. Alam pertunangan saya tidak diuji dengan dugaan orang ketiga. Cuma pertunangan kami tak berapa direstui, Saudara mara saya yang mengenali suami menceritakan tentang kisah silam suami kepada mak ayah saya, dia merupakan seorang yang nakal ( Biasa la zaman remaja suami pau mengepau sane sini, bergaduh, membuli, merempit) Tapi saya tidak kisah kerana itu kisah silam dia, saya menerima dia yang sekarang.
Saya anak perempuan seorang, tentulah kedua orang tua saya inginkan yang terbaik untuk saya. Saya juga merupakan anak manja. Mak dan ayah terpaksa turuti kehendak saya kerana saya berkeras untuk bertunang. Keluarga mertua pula merestui dan berasa terkejut dengan keputusan suami yang tiba2 ingin bertunang. Memandangkan saya adalah perempuan pertama yang dibawa suami berjumpa keluarga. Sepanjang pertunangan ada juga perselisihan faham antara kami dan kami mampu menyelesaikannya. Adat la bertunang. Setahun kemudian kami berkahwin di usia saya 21 tahun dan suami 25 tahun. Saya bersyukur suami memenuhi impian saya untuk mengadakan majlis yang saya impikan, sangat meriah dan mewah. Bermula episod sebagai suami isteri. Suami bekerja offshore. Saya sering ditinggalkan berbulan2 , tapi saya tidak kisah Sebab saya faham akan kerjanya. Saya bahagia sangat.
Walaupun berjauhan terasa dekat sebab suami tidak pernah lupa untuk menghubungi saya setiap hari. Saya disahkan mengandung anak pertama (bunting pelamin) suami la yang paling gembira. Tidak lama kemudian suami membeli rumah impian saya dan kereta idaman saya ternyata apa yang suami janjikan dia tunaikan dan memberikan apa yang saya mahukan selepas berkahwin. Alhamdulliah syukur. 2 tahun kemudian kami dikurniakan anak kedua. Saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa. Kehidupan kami semakin lama semakin bahagia. Rezeki suami semakin murah kami mampu mengubah suai rumah seperti yang saya impikan dan membeli perabot rumah.
Segala urusan rumah saya yang uruskan dalam keadaan terboyot2 mengandung kan anak kedua. Suami hanya memberikan duit. Bila dia balik semua sudah settle. Masuk tahun keempat perkahwinan, kami masih bahagia dan rezeki semakin bertambah, suami ditawarkan bekerja diluar negara pada akhir tahun 2015. Saya tidak menghalang kerana itu lah impian suami saya, saya sedih sebab tak dapat hidup seperti orang lain yang sentiasa bersama suami, Tapi saya redha. suami sentiasa membuat saya bahagia dan tidak sunyi walaupun jauh rasa seperti dekat, setiap hari VC Saya dan anak2. Suami sangat memewahkan saya sampai saya Lupa akan kesedihan saya. Setiap kali pulang dari luar negara bermacam hadiah yang diberikan suami, bawa saya dan anak2 bercuti sana sini.
Saya pernah terfikir kenapa saya tidak diuji, usia perkahwinan sudah 4 tahun. Saya sangat mempercayai suami, kerana suami tidak pernah berlaku curang atau mempunyai masalah orang ketiga. Saya juga seorang isteri yang sangat setia, menjaga setiap perilaku, saya tidak berkawan dengan insan yang bernama lelaki sebaik saya diijabkabulkan. Saya juga seorang isteri yang menjaga penampilan luar dan dalam, walaupun sudah melahirkan dua orang ank.
Seorang yang bergaya, walaupun menjadi suri rumah sepenuh masa selepas lahirkan anak kedua. Segala urusan anak2 saya yang settlekan. rumah tangga mana yang tidak dilanda badai, ade kalanya kami bertengkar. saya seorang yang garang dan suka berleter (Jika suami melepak) dan juga sensitive, kuat merajuk.
Suatu hari ada janda add suami di FB, saya nama kan dia dengan janda F (jan2016). Suami ada memberitahu saya janda F ingin mengirim barang kecantikan, memandang disana murah. Saya pun dengan rela hati membenarkan suami sebab saya juga mengenali janda F. Tiada langsung perasangka buruk ketika itu. Suami ada menceritakan tentang janda F, saya bersimpati dan kasihan dengan nasib dia ditinggalkan suami ketika usia muda. Tidak diberikan nafkah untuk anaknya. Suami balik ke Malaysia dan meminta izin saya menyerahkn barang tersebut kepada janda F. Habis cuti suami pergi bekerja semula ke luar negara. Dan macam biasa janda F akan mengirim barang apabila suami pulang semula ke Malaysia. Kali ini dia mengirim kasut anaknya dan kasut nya.
Saya sudah mula tidak selesa kerana mereka kerap berwhatssapp. Segala whatsapp antara mereka suami akan ss dan berikan pada saya membuatkan saya tidak berasa curiga. Suami ada memberitahu kepada janda F selepas ini kalau nak kirim barang semua melalui saya, dan bank in kepada saya. Tapi janda F tiada pula whatsapp saya. Saya ada beberape kali berjumpa janda F, dia bertegur sapa dengan saya dengan lembut dan baik sekali dihadapkan saya. Pernah juga dia membeli barang dengan saya. Berbulan lamanya saya tidak mendengar cerita janda F daripada suami. Saya pun diamkan la. Saya ingat mereka terhenti setakat itu. YA ALLAH YA ALLAH YA ALLAH. Bermula tahun 2017, pada ketika itu bulan April suami pulang dari luar negara, dan kontrak dia telah tamat. Dia tidak bekerja selama 4 bulan.
Dugaaan demi dugaan menimpa kami pada tahun 2017. Nasib baik kami mempunyai simpanan yang boleh menampung perbelanjaan selama beberapa bulan tersebut. Saya decide untuk kerja semula selepas raya iaitu pada bulan Julai 2017, kerana ingin membantu suami. kebetulan ketika itu Company lama saya ade kekosongan jawatan. Saya dapat berkerja semula di situ. Tidak lama kemudian suami mendapat tawaran kerja offshore di Terengganu , walaupun berat untuk dia pergi, kerana kerja dan gaji tidak bersesuaian. Tapi dia pergi juga. kerana duit semakin berkurangan. Pada malam itu saya menghantar suami ke jb, suami pergi ke Terengganu dengan menaiki kenderaan Company tersebut. Saya pun pulang ke rumah bersama mak, ayah dan anak2. Beratnya hati mennggal kan suami.
Sebelum pergi suami kucup dahi saya dengan penuh kasih sayang. Ya saya sedih kerana 4 bulan kami tinggal bersama tiba2 terpaksa berpisah. Dalam perjalanan pulang ke rumah , tiba2 saya mendapat notification dari web whatsapp (saya dah lama buat dari handphone suami tapi baru hari ni dapat notification). Bila ALLAH nak tunjuk segalanya. Saya buka dan whatsapap tersebut dari janda F , panggilan “sayang” dan “Abang” dari mereka, janda tersebut menyatakan rindu tidak dapat berjumpa. Mereka bersayang2 dengan mesra sekali , Janda F menghantar gambar yang agak seksi. YA ALLAH hancur luluh hati saya sebagai seorang isteri. Saya tak mampu berkata apa, hanya bertemankan air mata yang mengalir tanpa henti.
Saya seakan tidak percaya suami yang penyayang, bertanggungjawab dan amat saya percaya akan tergamak buat saya macam ni. Saya tidak ada nafsu makan dan tidur selepas mengetahuinya. Saya kuatkan diri untuk tidak memberitahu suami tentang perkara ini. Saya melihat sejauh mana mereka. Selama hampir sebulan saya berlakon seperti tidak tahu apa2. Saya melayani whatsapp suami seperti biasa. Kami memang sentiase romantik dan manja sungguh pun usia perkahwinan menjangkau 6 tahun. Jika dilihatkan kami seperti pasangan yang baru bercinta. Jika ada kesempatan memang suami akan menelefon saya walaupun sukar mendapat Line telefon di sana. Hanya ALLAH saje tahu bagaimana terseksanya jiwa saya terpaksa berlakon.
31 Aug 2017 tiba waktu dia pulang , saya seorang diri mengambil dia di Johor. Sengaja saya tinggalkan anak2 bersama mak. Berdebar jantung saya bila melihat dia datang ke arah saya. Dengan wajah yang manis, penuh kegembiraan, sedangkan saya menyimpan seribu 1 kedukaan. Saya salam dia seperti biase, dan menahan sebaknya hati ni. Dalam perjalanan pulang lagaknya suami seperti tidak membuat apa2 kesalahan. Saya tidak mampu menahan, dan bertanyakan juga kepada dia . “Adakah dia ada berlaku curang dengan saya?” Suami menafikan sekerasnya. Saya menunjukan segala whatsapp dia bersama janda F dan list call dari u mobile yang menunjukkan janda F dan dia selalu berhubung. Suami tidak dapat berdalih lagi , dan mengaku segala kesilapan dia. Memohon kemaafan dari saya.
Dan berjanji tidak mengulangi. Saya juga ade berhubung dengan janda F, dia juga memohon maaf atas kesilapan nya dan berjanji tidak akan berhubung dengan suami lagi. Janda F juga menyatakan hubungan mereka setakat beberapa bulan saje dan menyatakan dia tidak serius dengan suami. Saya memaafkan mereka berdua dengan ikhlas. Kerana manisnya kata2 janda F, Seolah2 menginsafi perbuatannya. Selepas kejadian tersebut, suami menyuruh saya untuk tidak fikirkan lagi. Dan dia tidak pernah berhubung lagi dengan janda F. Suami betul2 rasa bersalah pade saya. Hubungan kami baik selepas itu, Sepanjang beberapa bulan selepas itu, suami seakan menyimpan sesuatu. Bila saya tunjukkan suami tentang kisah2 Kecurangan suami isteri dari KRT dia hanya menunduk dan tidak mampu berkata apa2.
Dia selalu memberitahu saya, dia menyesal mengenali janda F. Dan selalu menyatakan dia sayangkan keluarga kami. Dia tidak mahu kehilangan saya dan anak2. Pada bulan 12 saya nekad untuk berjumpa empat mata bersama janda F, hati saya seakan tidak tenang. Suami saya menghalang dan merayu supaya saya tidak berjumpa dengan janda F. Suami ada menyatakan hubungan kami akan hancur jika saya berjumpa dengan janda F. Saya ada menghubungi janda F malam tersebut, dan bertanya kan perihal gambar suami saya yang dia upload. Dan bertanya kenape perlu upload gambar suami orang? Dia menjawab itu gambar lama sebelum saya mengetahui hubungan mereka. dan sekarang dia tidak ade apa2 kaitan lagi dengan suami saya. Dia terus menceritakan segala2nya. Dia memberitahu hubungan meraka terjalin sejak tahun 2016.
Ya, hampir 2 tahun sehingga saya dapat tahu pada Aug 2017. Sejak dia meminta tolong pada suami saya mereka mula rapat dan selalu berhubung. Mereka berjumpa apabila suami pulang ke Malaysia, selepas seminggu suami bersama saya dan anak2. Ketika saya pulang kerumah mak ayah ketika itulah mereka berjumpa tanpa saya sedari. Ya Allah hancur luluh skali lagi hati saya, dunia saya seakan gelap. Ya saya di tipu hidup2 selama 2 tahun. Tapi saya kuatkan juga hati untuk mendengar penjelasan janda F. Ketika itu, dia hanya cerita segala yang buruk tentang suami, semua kesalahan dia tompokkan pada suami. Berbeza penjelasannya mase kali pertama saya mendapat tahu, dia menyatakan yang baik2 saje tentang suami. Perwatakkannya juga berbeza. Saya dengan tidak memikir panjang mempercayai semua yang dikatakan janda F.
Selepas selesai menelefon janda F, saya menghubungi suami, dengan teresak2 menangis, menjerit seperti orang hilang arah, saya memberitahu segala apa yang diceritakan janda F. Suami saya mula risau , dan tidak tentu arah, dia tidak menjelaskan apa2 kepada saya, dan mendengar segala apa yang saya luahkan. Dia terus pulang ke rumah pade pukul 2 pagi yang ketika itu bekerja di Johor. Sesampainya dia dirumah dia memeluk saya seeratnya dan memohon kemaafan skali lagi, dia sangat2 menyesali perbuatannya dulu (Setahun yang lepas). saya menepis pelukannya. Saya tidak ingin langsung mendengar penjelasan suami, hati saya hancur sehancurnya, mengenangkan perbuatan suami. Keesokkan saya nekad juga untuk bertemu dengan janda F , suami tidak boleh berbuat apa2 selain merelakan kehendak saya.
Kami bertemu di sebuah restauran dengan niat saya ingin menyelesaikan dengan cara baik. Namun janda tersebut masih menceritakan keburukan suami, saya mempercayai janda F, entah kenapa hati saya jadi lembut bila bertemu dengan dia, tidak lama kemudian suami datang , dan janda F agak terkejut dengan kehadiran suami. Suami memandang janda F dengan penuh kebencian. Menyuruh janda F menceritakan semula apa yang dia ceritakan pada saya. Ternyata didepan suami cerita itu menjadi lain, dia banyak memutar belit cerita. Tak semua yang diceritakan malam itu adalah benar tapi ketika itu saya masih tidak percayakan suami, saya keliru. Rupanya setiap barang yang dikirim tidak pernah di bayar oleh Janda F, suami mengatakan setiap kali meminta wang, janda F akan meraih simpati dengan menyatakan,
bekas suaminya datang ke tempat kerja dan meminta duitnya, dan anak tidak diberikan nafkah Susu dan pampers, begitula setiap kali dia mengirim barang. Sampai 1 tahap bila kesalahan banyak berpihak kepada dia. Suami ada berkata kepada janda F dia adalah perempuan sampah dan manusia perosak rumah tangga orang. Saya terkejut dengan kenyataan suami. Dan memarahi suami. Janda F terus menceritakan 1 perihal lagi yang betul2 membuat saya jatuh tersungkur. Ya Allah sungguh berat Dugaan Mu ini. Perbincangan itu terhenti, saya tidak dapat mengawal emosi dan menyimbah air dan membaling gelas kemuka janda F. Hati saya benar2 sakit dan terluka. Keaadaan menjadi huru hara. Saya keluar dari restauran tersebut. Saya lihat dari luar Janda F menangis, dan berasa kasihan entah kenapa hati menjadi lembut semula.
Saya masuk semula dan meminta suami untuk meminta maaf kepada janda F. Dalam keaadaan terpaksa dan demi menuruti kemahuan saya walau hati tak rela. Buat pengetahuan semua dia menangis itu adalah lakonan semata2. Demi meraih simpati saya dan menghasut saya lagi yang ketika itu sedang keliru. Setelah kejadian tersebut saya minta suami untuk berjumpa ibu mertua yang kebetulan balik bercuti di kampung. Saya menceritakan segalanya. Dan menyatakan saya tidak sanggup lagi untuk bersama suami dan ingin bercerai. Hati saya memang nekad dengan keputusan saya.
Suami merayu di depan ibu dan kakaknya untuk menerimanya semula . Sebab dia sudah lama berubah dan bertaubat dengan segala perbuatan nya. Dia betul2 menyesal. Dia tak sanggup berterus terang kerana khuatir saya tidak dapat menerimanya semula, dia takut saya akan meninggalkannya. Hanya air mata saja mengalir, saya tak mampu berkata apa2. Melihat ibu mertua yang baik dengan saya selama ni. Saya dan suami pulang kerumah . Berhari2 saya bersedih. Beberape hari kemudian saya dapat tahu yang saya mengandungkan anak ketiga. ALLAH.
Bukan tidak suka dengn kehadirannya cuma waktu yang tidak sesuai. Saya membatalkan niat untuk memohon fasakh mengenangkan anak ni. Suami menceritakan dengan sejujurnya daripada A – Z Tanpa sebarang rahsia yang diselindungkan lagi, satu per satu. Memang sedih dan sakit untuk menerima kenyataan ini. Suami tidak sedar dalam diam janda F cuba merosakan rumah tangga kami, kerana mulanya janda F seorang yang sangat memahami, bila kami bergaduh janda F akan memujuk suami dan memberi kata2 semangat seolah2 sangat memahami.
Suami tidak sedar dia sudah jauh terpesong dan amat menyesal dengan kecurangannya. Bila berjumpa janda F, dia seakan melupakan saya dan ank2. Dan akan tersedar semula selepas menghantar janda F pulang. Bila lama tidak menghubungi atau berjumpa janda F, dia akan memarahi suami. Janda F sangat pandai berlakon dan meraih simpati dihadapan suami. Saya sendiri pernah terpedaya dengan kata2 manis janda F. Oleh kerana suami berkerja di luar negara jadi dia tidak tahu sangat latar belakang janda F.
Dia menyesal mendengar segala luahan dan masalah dari janda F yang membuatkan dia sampai ke tahap ini. Pada tahun 2017, dia cuba untuk menjauhkan diri tapi janda F seakan mengugutnya. Berkali2 mengajak suami berkahwin sampai sanggup berkahwin di Thailand dan menjadi isteri kedua tanpa pengetahun saya. Suami ada menyatakan kepada janda F dia tak mungkin akan berkahwin dua. Ibu janda F juga selalu mengajak suami datang ke rumah dan menjamu makanan kepada suami sedangkan ibunya tahu suami saya adalah suami orang dan ayah kepada 2 orang ank.
Buat pengetahuan semua sebelum ni janda F sudah banyak merosakkn rumah tangga orang lain. Segalanya terbongkar bila cerita kami diketahui kawan suami. Semua menceritakan perihal janda F. Ya Allah sungguh kejam kau wahai janda F. Teman baik janda F (Sekarang sudah tidak baik kerana tak sanggup bersubahat tentang perbuatannya) ada menghubungi saya menceritakn segala2 juga tentang kesundlan dan siapa sebenarnya janda F yang sering menggunakan cara kotor untuk memikat lelaki2 yang kebanyakkannya suami orang yang berduit.
Tidak perlulah saya ceritakan secara terperinci, kerana ianya sangat2 mengaibkan. ALLAH.. saya menangis semahunya. Kadang kala bermacam persoalan bermain difikiran saya. Saya tidak pernah merampas hak orang lain mahupun menggangu kehidupan orang lain. Kenapa dia sanggup buat saya macam ni. Buat pembaca KRT jangan ingat kita tak ada musuh, tak ada yang dengki kan kite. Jangan ingat kita tak ramai kawan tak ada yang irikan kita. Sebab rambut manusia sama hitam tapi hati lain2. Suami ada menceritakan setiap apa yang saya ada yang saya pakai. Janda F akan ss pada suami dan ingin seperti itu.
Sekarang dia mungkin akan mengecapi bahagia setelah merosakkn rumah tangga orang lain, merosakkan perasaan orang lain tapi ingatlah doa orang teraniaya ini tiada hijabnya. Saya cuba melupakan dan memaafkan suami dengan seikhlasnya. Saya hanya mampu untuk memaafkannya tapi tak mampu lagi untuk melupakan. Semakin saya cuba melupakan, semakin kuat ingatan saya terhadap perkara itu. Sehingga hari ini saya masih tidak mampu menahan air mata dari mengalir apabila teringat. Perasaan dendam kadang kala muncul dan saya akan cepat2 hilangkan dengan wudhuk dan bersolat.
Melihat suami yang betul2 insaf menjadikan saya serba Salah. Salahkah saya menangis ?? Kerana itu saja yang mampu membuatkan saya tenang dan lepaskan segala apa yang terpendam di hati. Setiap hari suami mendengar segala luahan dan setiap hari juga saya menangis, sehingga suami tidak sanggup lagi melihat saya menderita. Sabar dengan setiap ungkitan saya. Pernah juga saya bertanyakan kenapa suami sanggup melakukan ini kepada saya, apa kurangnya saya, dia menjawab saya tidak ada kurangnya dimata dia, saya menjaga dia dan anak2 dengan sempurna serta merasa bahagia bersama saya.
Cuma kadang melihat saya sibuk dengan online biz , memberikan dia ruang untuk melayani janda F. Pada mulanya suami tidak berniat apa2 pada janda F, hanya ingin menolong dan menghilangkan rasa bosan ketika saya sibuk melayan customer. Janda F pula sering bercerita kan masalahnya pada suami , sehingga bercerita tentang hal dalam kain bersama bekas suaminya membuatkan dia merasa kesian dan tidak sedar dia boleh sampai ke tahap itu. Saya pula terlalu memberi kebebasan kepada suami Dan terlalu percayakan suami. Inila kali pertama suami khianati dan curangi saya.
Orang kata anak2 adalah kekuatan untuk kite,. Tapi bila saya lihat anak2 hati saya makin sedih. Kadang anak2 pun saya tak dapat layan dengan sempurna seperti biasa. Ada 1 lagi perkara yang membuatkan hati saya benar2 tersentak , kawan baik kepada janda F yang merupakan kawan saya juga mengetahui tentang perihal ini. Tapi memilih untuk bersubahat. Di depan saya mereka berlagak seperti tidak tahu apa2. Sedangkan mereka tahu semua nya. Allahu, jika 1 hari suami mereka berbuat demikain , baru la mereka tahu apa itu erti sakit dan kecewa. Setiap hari saya memujuk hati untuk redha dengan segala. Dugaan dan ketentuannya.
Bukan mudah untuk menerima hakikat diri ini dikhianati.
Saya tidak mengharapkan kebahagian yang dulu cukup la saya dapat melupakan dan mendapat ketenangan hati. Kerana lalai dengan cinta manusia, dan kemewahan yang sementara, saya lupa siapa yang perlu saya cintai lebih dari segalanya. Sekarang saya lebih mendekatkan diri pada Nya. Jika kita mengejar akhirat , dunia akan mencari kita. Doakan saya diberikan kekuatan untuk menjalani kehidupan mendatang, dan diberikan kesihatan kepada saya dan bayi didalam kandungan ini. Terima kasih kerana sudi membaca luahan hati saya




