asalammualaikum..admin.. saya just nak cerita tentang… KEHIDUPAN yang dahagakan kasih sayang…saya lahir dalam family yang porak peranda…ibu yang tukar agama..dan masuk islam..tapi tak terdidik dengan betul..dek kerana.. bapak saya juga jahil. apa yang saya ingat. kehidupan saya masa kecil tak seindah kanak-kanak lain. saya ingat bapak saya ikut mak saya tendang lempar helmet semua masih segar. Sehinggakan mereka bercerai ketika umur saya 5 tahun..saya dan dua abang kandung di bawa ke kampung..
tinggal dengan nenek. Sepupu makcik2…abang tiri dari bini bapak. yang pertam. saya fikir. disitu saya dapat jugalah rasa kasih sayang. rupanya tidak. banyak perkara yang tak adil terutamanya. sepupu yang tak suka. kami tinggal disitu. disitu saya akur. kami sedar kami menumpng jadi bertolak ansur. dari bab makanan bab buli kami diam. takda tempat nak mengadu..
tahun 2000 takda lagi handfone. nak mengadu ke mana melainkan tangisan malam..Pada malam tu segar dalam ingatan. sebelum tidur. saya minta ajar dengan abang tiri. Dah habis belajar saya masuk tidur. oleh kerana saya anak perempuan. semua abang saya sepupu saya ramai yang lelaki. saya diasingkan bilik. yang bertadbir. dalam gelap malam tu saya rasa ada orang buka seluar saya. Saya jadi takut dan bingung adakah makcik saya yang buka. nak pakaikan pempes.
Biasalah fikiran budak. Saya yang tidur dalam keadaan bertiarap pusingkan badan dan saya nampak abang tiri saya baru nak buka seluar. saya terus cakap woi kenapa kau ni terus dia lari. dalam subuh yang hening tu saya menangis ketakutan.. dengan siapa perlu saya mengadu. dalam usia 7 tahun. Saya menangis. setiap kali balik sek saya nak lari jauh pulang rumah orang lain macam nak lari.saya cuba diam. Taknak mengadu dengan siapa-siapa termasuk abang kandung..
selepas kejadian itu saya tak rapat sudah dengan abang tiri. saya fikir itu lah dugaan. yang ada rupanya diusia saya darjah 3 abang sepupu saya pulak. mengintai saya mandi kadang kadang pakai baju pun dia intai. Saya tidur pun dia pegang pegang punggung saya. Takut dan traumanya saya. ALLAH saja yang tahu. kenapalah orang tua saya jauh. masa tu tak langsung jenguk kami dikampung.
sampai umur saya darjah 4 abang saya dapat no tel tempat ibu saya bekerja..hari-hari saya curi guna tel rumah makcik. sampai 1 hari tu. saya mengadu dengan ibu. Ibu tekejut dan terus datang ke kampung ambil kami adik beradik. dipendekkan cerita kami. ibu berjaya bawa kami. HAPPY NYA saya masa tu. ada bapak tiri baru duduk tinggal dengan mami. masa tu saya darjah 5. bapak tiri layan macam anak sendiri. baik sangat. Tak pernah pukul ibu..
TAPI. Rupanya dalam diam dia jugalah iblis. iblis. iblis dalam dia. dia peluk saya masa ibu saya tidur. masa ibu melahirkan adik saya dihospital dia tunjukkan iblisnya masa tu umur saya darjah 6 dan sudah haid saya tertekan sangat ke mana perlu saya mengadu saya tak mahu ibu sengsara lagi bercerai berai. kesian adik-adik saya. saya tak mahu mereka rasa apa yang saya rasa. saya berdendam sangat dengan bapak tiri saya. pijak semut pun tidak m@ti kalau depan ibu..
Dan sekarang adik adik saya dah besar… saya pun umur dah 25 sudah berkahwin pun. tapi saya dapat tahu adik saya pun kena perkara yang sama. dengan bapak dia. sanggup dia makan anak dia sendiri. anak buah dia pun hampir menjadi mangsa. kami terpaksa berdiam.. demi kesihatan ibu dan kebahagiaannya. Tapi masalahnya sekarang adik saya tinggal dengan saya. saya selalu berprasangka buruk dengan suami saya sendiri..
disebabkan masa lalu saya akan curiga setiap gerak geri dia bila didalam rumah. dia bangun tengah malam pun pi tandas. saya bangun dan pura pura tidur. Saya takut dia buat perkara yang sama dengan adik saya sedangkan dia suami yang penyayang penyabar dan beragama..SETIAP HARI SAYA MINTA ALLAH LEMBUTKANLAH HATI SAYA…SUPAYA. MEMAAFKN MASA LALU..




