Maaf admin. Nak tanya pendapat dengan warga krt. Pls hide identity saya ya. Saya dah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak. Saya seorang ibu yang berkerja juga. Jujur saya katakan, suami saya bukan seorang yang berada. Kerja biasa2. Oleh itu, saya sanggup berkorban untuk meningkatkan hidup kami dengan beli rumah, loan yang lain2 atas nama saya. Belum lagi nak bayar bil air bil elektrik dan lain2 serta keperluan di rumah pun saya yang tanggung. Susu anak pampers anak pun saya yang sediakan.
Tapi, kdg2 saya tak tahu pun jumlah gaji suami serta hutang dia dengan kad kredit dan lain2 krn saya dengan prinsip, saya percayakan dia. Terdetik di hati bila nak beli seluar dalam baru nak gantikan seluar dalam yang dah macam roti kirai tu pun tak mampu. Lama2 macam suami ni ambil kesempatan pula langsung takkeluarkan duit krn saya selalu sedikan semuanya di rumah. Sampaikan gaji sendiri nak berikan kepada keluarga 1sen pun tak mampu. Hanya kerana nak bantu ekonomi keluarga.
Baru2 ni, kami bergaduh kerana selalu tak cukup duit. Saya dalam keadaan sakit tak mampu nak uruskan rumah dengan ada anak 2 orang lagi. Suami balik keja, takdapat nak masak apa semua katany penat. Mahu tak mahu, saya gagahkan diri bangkit kemas rumah dan masak untuk anak2 sedangkan doktor sarankan tak boleh buat kerja berat. Bila saya minta tlg, dia marahkan saya. Kadang2 bila suruh buat kerja rumah dan masak, dia kata saya goyang kaki jer sedangkan saya sakit tak berdaya.
Timbul pula masalah, keluarganya nak tinggal bersama dengan kami dengan alasan senang nak jaga anak saya apabila kami keluar bekerja. Masalahnya timbul apabila rumah dalam keadaan yang serabut dengan sikap ahli keluarganya yang tak suka mengemas, terlalu banyak program sehinggakan kita restless perlu mengikut aktiviti mereka. Begitu juga, tanggungan di rumah semakin bertambah dan saya yang akan membiaya semuanya. Bila saya suarakan supaya kami hantar saja anak d taska, dan mereka blh tinggal di rumah sendiri (rumah mentua seberang perumahan jer) supaya saya tak perlu stress. Itupun keluarga mentua serta ipar duai dah mengutuk saya macam2.
Jadi, saya hanya mampu memendam rasa kerana sungguh tak selesa dalam keadaan sedemikian. Lama2 semua benda tu jd pergaduhan dalam hubungan kami sehinggakan ada niat utk bercerai. Suami pula memang galakkan keluarganya bersama kami krn di tak perlu jaga anak, tak perlu buat kerja di rumah kerana isteri, ibu dan ayahnya akan buat semua kerja utk dia. Bila dah kalut mcm ni, saya nak mengadu kpd suami ttg sakit saya, ttg perkara yang membuat hati saya berkecil hati dengan diaorang kat saya, suami saya menempelak saya semula.
Mengatakan saya tak suka keluarganya sedangkan suami saya nak melawat keluarga saya setahun sekali pun payah. Sehinggakan saya tiada tempat mengadu. Saya rasa stress. Saya bekerja utk suami, gaji saya untuk suami dan anak2 tetap nak beli keinginan diri sendiri pun tak sampai risau duit gaji tak sampai hujung bulan. Saya rasa tak bahagia dengan keadaan sakit, kebajikan keperluan saya tak terjaga malahan saya semakin jauh daripada keluarga sendiri krn melebihkan suami, anak2 dan keluarga mentua.
Suami juga pernah nak bertumbuk dengan saya hanya kerana 1 pertelingkahan yang kecil. Saya sedih krn nak bercerai tak sanggup nak teruskan perkahwinan ini. Tapi tak sanggup juga lihat anak2 takda ayah. Dan saya tahu, di penghujung kisah kami ni nanti, memang saya yang akan nampak jahat walaupun saya dah berkorban segala2nya utk mereka. Pada tahap begini, saya ada niat nak bunuh diri krn terlalu perit utk saya hadamkan semua benda ni.
Suami yang saya harapkan untuk jaga saya, tetapi keadaan saya ni seolah2 bangkai hidup yang hanya untuk memuaskan kehendak keluarga untuk beri duit, sediakan kemewahan sedangkan gaji saya 1sen pun tiada utk diri sendiri. Bila saya suarakan keinginan hati utk bercerai kepada ibubapa saya, mereka pula melarang sedangkan menantu mereka dingin dengan diaorang. Sebak rasanya bila mengenang nasib hidup yang mcm ni. Tlg saya warga KRT, apa yang perlu saya lakukan ya.




