Salam dan selamat hari raya admin. Andai kisah aku ni disiarkan tlg hide profile aku ye. Tq admin.. Aku ni anak yatim piatu. Hanya menumpang kasih keluarga mak saudara. Alhamdulillah diorang sayang aku macam anak sendiri. Aku dan suami dah kawin 2 tahun. Ada anak sorang berumur setahun lebih. Suami aku keja biasa² je. Sebelum beranak aku keja dan pjj dgn suami. Lepas beranak suami suruh berenti dan jaga anak kat rumah sambil tu buat meniaga online kecik². Keja tu je lah boleh pantau sendiri anak kat rumah kan. Boleh ler bantu suami sikit².
Suami aku anak bongsu. Dia ramai adik beradik. Ramai perempuan. Masa memula aku kenal keluarga ni, aku rasa seronok. Ye lah, tak penah ada kakak bila masuk dalam keluarga ramai aku jadi happy. Tak sunyi. Gembira aku tak berpanjangan pun lepas je nikah timbul lah belang memasing. Memula aku tak percaya sebab aku dengar cerita dari orang terdekat, sepupu sepapat. Bagi aku orang ni suka tengok adik beradik bertelagah jadi aku tak ambik port. Bila terjadi satu kes, sorang² msg aku marah². Aku tak tahu nak tunjuk macam mn dah yang aku ni ikhlas dan tak penah kawal laki aku.
Tetiap minggu aku balik kampung. Raya puasa, raya haji, raya kat kampung. Padahal aku ada mak sedara yang bela aku dari kecik smpi besar, patutnya aku kena jugak beraya dengan diorang. Tapi aku utamakan blah suami. Dari aku keja sampi aku berenti tak pernah kata aku tak,salurkan apa² kat diorang. Setiap kali balik kampung ada je benda aku beli bagi. Guna duit aku tau bukan duit adik diorang. Diorang ni rabun ke buta? Diorang macam dengki dan iri hati dgn kehidupan aku. Yang aku sedih diorang jadi kan aku ni bahan ngumpat ptg².
1 – diorang semua pakai pencuci pinggan cecair, aku ni pakai jenama axion tu. Diorang kata aku berlagak. Aku ni klu cuci pinggan selagi tak berbuih memang aku tenyeh² bg ada buih. Byangkan klu aku pakai yang cecair brapa lama tahan? Aku pernah cuba pakai tahan seminggu je. Jenis yang aku slalu pakai tu tahan smpi sebulan.
2 – pakai brg yang branded je. Cth macam jam. Diorang beli yang rm20-rm30. Aku beli kat kedai jam. Ala jenama casio je pun. Rm100lebih. Diorang taktahu aku pakai jam tu dah 2-3 tahun. Kira berbaloi beli mahal pun tp tahan lama. Dr beli yang murah tp kena beli selalu. Bila kira balik diorang la lagi kaya. Selalu beli jam.
3 – Aku ni tak layan baju dan seluar dalam kat pasar malam atau pasaraya Beli kat avon sahaja Aduiii aku memang dari zaman skolah mak sedara aku beli kan aku jenama tu. Untung tau, sehelai rm30 tahan berthn². Baju dlm masa aku skolah menengah masih ada dan boleh guna lg smpi skrg. Bukan beli sebulan skali. Aku beli kdg 6 bulan – setahun sekali. Aku pernah beli kat kedai biasa² tu, 1-2 bulan dah putus, besi terkeluar.
Benda yang diorang umpat benda remeh kot. Tp bg aku takpatut la smpi orang lain dpt tahu. Malu tau bila balik kampung mak sedara, pak sedara dok perli². Aku beli tu semua guna duit aku, aku takkacau duit sesiapa. Ya, aku masih waras untuk buat ubat guna² untuk laki aku. Diorang cakap adik diorang dah berubah. Aku tgk sama je, tak ada apa pun yang pelik. Memang pelik la kalau korang ajak buat makan² tapi mintak kat dia smpi rm400. Klu adik korang tu keja gaji berpuluh ribu sebulan mungkin dia tak kisah ni dia ada komitmen hutang dgn bank.
Korang tak apa la tak ada hutang apa². Buat rumah, beli kereta semua ada orang hulur duit. Psl tu korang cakap aku yang kawal duit. Ada satu kes psl keta, kami ada 2 bijik keta. Kedua² masih hutang dgn bank. Diorang cakap bg la satu kat abg diorang buat apa tamak nak pakai 2 bijik. Laki aku ikut. Sebulan dua byr elok lepas tu smpi ke 5 bulan tak byr. Bank ni asyik call, siap dh ada surat utk tarik. Byangkan kena keluarkan simpanan utk settlekan byran tertunggak tu. Tak cakap banyak terus laki aku balik kampung ambik balik keta tu. Dh terang² takbleh byr bulan aku jgk yang dipersalahkan. Katanya aku yang hasut adik diorang suruh ambik balik.
Bila jadi macam² kes ni aku jadi tawar hati nak balik kampung. Skrg kami jarang balik. Sebulan sekali dua je balik. Laki aku cakap lantak lah kat diorang yang penting tanggungjwb kat mak bapak tak lupa. Banyak kali dah aku mengalah. Aku takbuat slh aku tetap mengalah minta maaf. Berdamai. Tp aku seperti dipijak², diorang ambik kesempatan. Kalau korang ada ipar duai macam ni, macam mn korang hadap?