Assalamualikum. warga krt saya cuma nak mluahkn rasa. saya skit ati sangat, tak boleh nak lupa dengan apa yang terjadi dekwt saya baru2 ni. kejadiian ni bermula masa suami saya kena tugas luar sebagai jurulatih di kem pantai timur masa bulan puasa tahun ni. sepanjang suami saya berada di sana tak ade kejadian yang pelik atau perubahan dekat diri dia yang saya nampak.
Tapi sejak kebelakangan tu macam ada ssuatu yang mencurigakan. saya tengok duit gaji dia cepat habis tak tau pegi ke mana. perangai dia pun berubah sikit tak macam sebelum ni. kami bergaduh dan saya balik ke kampung. suami tinggalkan saya macam tu, dia balik ke kampung dia tanpa khabar berita. kebetulan saya ada nombor kawan dia yang jurulatih di situ juga, saya mta pertolongan dia untuk selidik aktiviti suami saya di kem tersebut.
Memang tidak disangka rupanya suami saya ada menjalin hubungan dengan salah sorang pnuntut di situ. menurut ceritanya pempuan tu nak pinjam duit daripada kawwn suami saya tu, tapi dia tak bagi kemudian dia pinjam duit dengan suami saya dengan alasan tak da duit belanja sebab suami dia tak bagi duit. atas sebab kesian, suami saya bagi pinjam. Jadi benda ni belarutan sampai mereka menjalin hubungan d belakang pasangan masing2.
Bila saya tau akan kebenaran ni hati saya jadi remuk sedih sangat sebab ditipu. saya ceritakn masalah ni dekat keluarge. mereka tak bagi saya balik ke rumah jumpa suami saya atas sebab masalah ni. saya masih ni down sangat, tapi memikirkan anak2 saya 3 orang yang masih kecil. Saya mencari kekuatan dari. mencari kebrnaran di setiap cerita yang saya dengar dari mulut2 orang.
Dari cerita2 yang saya dengar mengatakan perempuan tu ada bela saka keturunan. dia dapatkan suami saya dengan menggunakan benda tu. saya puas jumpa ustaz untuk berubat. ustaz bagi tau memang perempuan tu gunakan benda dia untuk dapatkan suami saya. mungkin dia termakan benda kotor yang perempuan tu bagi. macam2 cara saya ikhtiar selagi mampu dan tak bcanggah ajaran islam.
Saya sedih tak de kawan nak luah kesedihan, jadi saya minta no isteri jurulatih tu kawan pada suami saya, sebab saya tak nak nanti isteri dia salah faham sebab saya salalu mesej minta tolong. lepas tu saya mesej isteri dia yang saya panggil akak N. Alhamdulillah dia faham masalsh saya dan sudi tolong saya. satu hari Allah nak gerakkan hati saya, saya ternampak fb perempuan tu saya buat fake fb n add dia. Saya pun bagi fb pmpuan tu pada kak N dia tolong siasat kan.
Atas pertolongan dia akhirnya dapat no suami perempuan tu. kak N terus mesej suami perempuan tu dan tanyakan betul ke mereka nak bercerai seperti kata isteri dia dekat semua orang temasuk suami saya, suaminya menafikan. mereka masih suami isteri tapi isterinya memang perangai macam tu. mnurut suaminya isterinya kalau keluar anak2 dia tinggl macam tu je.. banyak juga cerita daripada suami nya..
Bila perempuan tu tau kak N mesej suami dia, dia mngamuk dia mesej kak N sebab dia ingat kak N tu saya. macam2 dia mak! jerit2 macam orang g!la. malam tu dia tunggu depan kem suami saya, dia jerit2 nak jumpa suami saya dan saya, katanya saya nak runtuhkn rumah tangga dia haha baru dia tau saya rase puas hati baru dia rase macam mana sakit hati ni. Saya cuma nak pertahankan rumah tangga saya..
Saya jadi hairan, krnape dia dah ada suami tapi masih nak suami orang? Kenape si suami dah tau isteri macam tu tapi masih membiarkn je. suaminya pun ada bagi tau yang isteri dia atau nama nya panggil siti memang ada bela sakq dari keluarga dia. saya anggap mungkin sebab ni dia boleh tundukkn suami dia. saya tak mau ada yang jadi mangsa siti ni, mngikut dari pada cerita bukan suami saya je yang jadi mangsa.
Alhamdulillah suami saya kmbali dekat saya dan anak2 dan semakin sayang saya. Allahmdulillah berkat kesabaran dan usaha saya cuba ubati suami. tapi yang jadi masalah perempuan tu tak habis2 menganggu suami saya lagi. dia akan sruh orang menyamar untuk dapatkan no fon suami saya, saya pun tak tau ape motif dia. Saya jadi geram bila dia cuba nak rosakkn semula hubungan kami suami isteri.
Moga Allah sentiasa lindungi keluarga kami dari manusia yang berniat jahat seperti ni. saya percaya setiap kesedihan dihujungnya kemanisan. terime kasih pada keluarga saya dan orang2 yang sentiasa bersama saya waktu saya rase idup ni gelap. syukur sangat2. Saya jadiikn ni semua asam garam kehidupan saya. Pesan saya buat perosak rumah tangga orang, tolong jangan ganggu rumah tangga orang lain.
Jagalah rumah tangga sendiri, anak pun dah besar2 fikirlah guna akal bukan nafsu. bawalsh bertaubat. Tak perlu nak gunakn bantuan syaaitan untuk nafsu serqkah awak tu. kuasa Allah tu lagi hebat lagi besar. saya tak takut pada awak selagi Allah sentiasa ada bersama saya.. moga Allah je yang akan balas segala perbuatan awak tu.




