Assalamualaikum. Ni pertama kali saya luahkan kt sini. Saya da berkahwin dengan suami 4 tahun lebih. Kehidupan saya dengan suami memang bahagia. Walaupon gaji suami kecil tapi saya tak pernah merungut. Saya tak kisah dia tak bagi duit nafkah sebab saya faham keadaan kewangan kami. Bagi saya kami cukup makan dan suami dah bahagiakan saya pon dah cukup. Bila ada duit lebih memang dia akan bagi saya. Saya tak boleh bekerja atas masalah kesihatan. Jadi saya gunakan fb untuk cari duit tambahan. Alhamdulillah walaupon tak banyak tapi masih boleh cover barang dapur kami.
Yang menjadi masalah sekarang ni keluarga mertua saya. Lupa nak bagi tahu yang kami belum dikurniakan rezeki anak lagi. Keluarga mertua saya termasuk saudara mara sebelah suami macam tak faham keadaan kami. Kami da bnyak kali explain. Baru ni mak mertua saya sakit. Kami balik dalam keadaan tak ade duit dalam tangan cuma yang ada duit sewa rumah yang belum sempat kami byr. Kami terpaksa guna duit tu untuk balik. Bagi kami in shaa Allah ada rezeki nanti untuk ganti duat tu yang pnting dapat balik tegok mak mertua saya sakit. Mak mertua saya masuk icu. Kereta pon pinjam kereta kawan suami. Alhamdulillah suami dapat kawan yang takberkira untuk mmbantu.
Tapi yang saya sedih dan sakit hati bila kami sampai hospital jumpa dan salam saudara mara ada mulut yang marah kami tanya kenapa lama tak balik ?Kenapa ko tak bagi suami balik kampung? Allahu. da la sedih mak mertua sakit kena pulak tuduh macam tu. Walau sakit pon hati saya kat family suami dengan apa yang diorang pernah buat kat saya tak pernah terniat untuk halang suami balik kampung. Anak mana yang tak nak balik tengok mak ayah kat kampung kan. Saya pon bila ahli keluarga sakit dan ada adik beradik kawen, ahli keluarga saya bagi duit untuk kami balik sebab diorang faham keadaan kewangan kami macam mana. Kami tak minta pon duit dari keluarga suami. Cuma mintak faham je keadaan kami.
Diorang sebelum ni selalu col suami minta duit. Kesian saya tegok suami segan sebab tak dapat nak bagi . Kadang saya bagi je duit saya sebab kesian suami tak sampai hati cakap tak ade. Bila kami bagi tahu gaji sekian2 diorang tak,percaya. paksa jugak suruh bagi. Last bil2 kami terpksa hold sebab duat tak cukup nak bayar. Cuba korang semua bagi pendapat agak2 cukup ke dengan ekonomi sekarang ni jika baki gaji lepas settle bil dan sewa cuma RM150 untuk makan ,belanja suami kat tempat kerja, minyak tu belum tetibe ade yang rosak lagi untuk sebulan? Kami tak banyak hutang pon.
Mungkin sebab tu Allah belum kurniakan kami anak. Ada hikmahnya. Alhamdulillah rezeki kami tak pernah putus sebab kami tak pernah gaduh kalau kekurangan duit.
Tapi knapa susah sangat orang nak faham. Semua orang tau suami kena dahulukan nafkah isteri cukupkan belanja isteri baru bagi untuk orang lain bila ada lebih. Bila kami ada duit balik sana suami akn hulur duit. Kadang2 bawak semua kluarga p makan. Bukan sengaja tak nak bagi bulan2. Sebab yang ada pon cukup2 makan. Saya bersyukur sangat2 dapat suami yang baik dan memahami.
Bila orang cakap apa2 pasal saya dia akan tenangkn saya. Dia cakap jangan layankan diorang tu . Saya bukan jenis mulut cakap lepas. kalau orang lain mungkin dah menjawab. Saya fikir saya masih hormatkan diorang je. Bagi orang kt luar sana jangan cept judge orang mcm2. Tlg faham keadaan orang lain. Setiap yang berlaku tu ade sebbnya. Keadaan kita semua tak sama. Kalau nak ckp apa2 fikir perasaan orang lain jugak. Maaf sebab panjang sangat. Saya tak pandai nk buat ayt. Mohon semua dalam page ni doakan semoga mak mertua saya cepat smbuh.




