hi semua. tq min post luahan hati aku. aku dan suami baru bercerai talak tiga (mungkin sebab belum ke mahkamah untuk sahkan). dia kata sebab aku asyik cabar keegoan dia, tapi bagi aku sebab aku inginkan kepastian. kisah dia macam ni. kami kesempitan duit dari tahun lepas, aku tak pasti macamana tiba-tiba kami kesempitan duit dan duit gaji dia tinggal sedikit sahaja.
Aku terpaksa korek sana sini jual apa yang boleh bagi menampung apa yang tidak cukup. setiap kali gaji aku akan senaraikan apa perbelanjaan yang perlu dan bahagian yang dia perlu bayar. bila aku ajak dia duduk berbincang, dia akan melarikan diri. banyak kali kami bergaduh sebab ini. aku ajak berbincang sebab ingin tahu setakat mana dia boleh bagi dan berapa lagi aku perlu bantu cari.
tapi dia tetap tidak mahu berbincang.
Akhirnya aku putus asa, aku hanya text apa yang perlu dia tanggung tanpa pedulikan samada tertanggung atau tidak. tapi aku akan tahu juga sebab cikgu-cikgu sekolah akan bertanya berkaitan yuran dan biasanya aku akan siap sediakan duit itu jika dia tidak mampu. tapi bermula bulan lepas aku sendiri kesempitan wang memandangkan tiada lagi apa yang aku boleh jual. aku pinjam dari ibuku, janji gaji sahaja aku bayar.
Gaji bulan ini tiba dan tiada tanda-tanda dia ada duit. bila bertanya ada. ada. akhirnya aku mengamuk sebab penat, stress sebab cikgu asyik bertanya berkaitan yuran taska. dia muncungkan muka sahaja, berkata aku mencabar ego dia sebab bertanya berkaitan wang. Allah! aku tanya sahaja ko dah kata aku cabar keegoan ko baik ko berambus dari rumah ini dan ceraikan aku kalau tidak akan ada orang asyik bertanya pasal wang kepada engkau!! maka terjadilah penceraian.
hmm aku tak meminta wang engkau cukuplah engkau mencukupi apa yang perlu aku tidak meminta emas berlian tidak! terima kasih sebab jaga anak-anak semasa aku menguruskan rumah walau muka engkau ketika itu terpaksa. aku. Ye aku. aku telah berkorban segalanya untuk ko, sekadar inginkan sedikit rasa dihargai. tapi ini balasan ko.
Aku rela engkau pergi sebab aku takut aku akan bertanya lagi kepada engkau pasal wang. ini minggu pertama aku bercerai, tapi aku sudah mula berkira-kira cara menambah pendapatan aku untuk menampung hidupku. doakan aku wahai sahabat sekalian. semoga Allah murahkan rezeki aku untuk mencukupi keperluan anak-anakku. Amiin.




