Sebesar mana pun gaji seorang isteri tu bukan bererti isteri tu tak perlu menghormati suami mereka. Sebagai seorang isteri yang bekerja, mereka perlu tahu yang syurga mereka di bawah telapak kaki suami. Dalam alam rumah tangga ni, susah senang mesti bersama…tak perlu berahsia sesama pasangan. Betul kata orang wanita di uji saat si suami tidak punyai apa-apa dan suami pula di uji saat dia punyai segalanya…
Salam min. saya nak minta pendapat pada mereka di luar sana. Saya telah berkahwin hampir 4 tahun. 22.11.018 ni genap 4 tahun di kurniakan sepasang cahaya mata kakak umur nak masuk 4 tahun dan adik nak masuk 2 tahun. kami suami isteri kerja gov. segala bagai kemahuan isteri ku aku usaha tunaikan untuk buat dia gembira. macam2 lah yang aku korbankan semata2 nak bagi keluarga kecil aku ni gembira.
Selama ni isteri aku sakitkan hati aku, aku tak kesah dan aku sentiasa maafkan dia. Tiap kali bergaduh, aku selalu beralah. bini aku ni panas baran. 2 bulan lepas (bulan 9) isteri aku kursus, aku bertengkar mulut dengan isteri aku depan anak aku yang sulung sampai anak aku menagis. dan malam tu juga aku telah jatuhkan talak kat isteri aku. tapi bagi dia, macam tak da apa2 yang berlaku. seolah2 semua yang terjadi salah diri ku.
Aku mengalah juga. Aku buang ego aku, aku pujuk dia. Dan akhirnya setelah 2 minggu kami rujuk semula. hakim mahkamah syariah tanya rujuk ni atas dasar paksaan ke, aku dan isteri cakap tak. atas dasar sayangkan hubungan dan anak2 yang masih kecil lagi. Kami hidup macam biasa kembali. Minggu lepas hari jumaat aku plan nak balik melawat orang tua aku kat melaka. kebetulan isteri pula dapat cuti. kami balik lah ke kampung.
Dan kebetulan juga lah pada ari sabtu pak sedara aku men!nggal dunia. Aku tolong sepupu aku uruskan jen4zah ayah dia. sampai petang jam 6 petang baru selesai. uruskan jen4zah tu tak dalah lama sangat. yang lama tu sebab aku duduk dengan sepupu aku kat kubbur tu. time tu hati aku rasa sedih bila tengok sepupu aku menagis ratapi pemergian ayah dia. lepas settle semua aku balik rumah. Layan anak2 macam biasa.
Malam tu dengan badan penat yang teramat, dengan cuaca yang agak panas dan berbahang, jam 10 malam macam tu anak kecil ku yang tengah tidur dengan isteri aku tiba2 menagis jerit2. aku ajak isteri dan anak aku tidur di bilik orang tua aku, sebab bilik orang tua aku tu ada air cond. aku baring sebelah isteri ku dan di sebelah isteri ku anak aku.
Lepas jew anak aku tidur, aku menoleh ke isteri ku, aku tegok sebelah aku anak aku pula. Entah bila masa lah isteri ku tukar tempat. aku suruh isteri aku tukar tempat tidur di sebelah aku. tapi isteri ku seolah macam terpaksa je. Lepas tu terus je dia membelakangkan aku.. Sebelum2 ni aku pernah tegur isteri aku supaya time tidur, aku nak dia tidur di sebelah aku dan jangan belakangkan aku.
Lepas je aku tengok dia macam tak suka aku tidur sebelah dia, aku keluar dari bilik tu dan tidur di bilik aku. start dari hal tu aku dengan isteri seolah macam masing2 dirasuk hantu. depan orang tua aku, aku dengan isteri bertengkar, menjerit, ungkit mengungkit. yang paling aku tak bole lupa apa yang dia cakap, dia menyesal sebab rujuk dengan aku balik Allah jew tahu perasaan marah sakit hatigeram aku macam mana.
Aku tampar pipi isteri ku sebab dia dah keterlaluan dan aku baling telifon aku kat dia entah macam mana keluar dari mulut aku yang mana jika kamu keluar dari rumah ni aku ceraikan kau. isteri aku meronta2 seolah2 nak sangat keluar dari rumah tu. aku cuba sedaya aku peluk dia tarik dia tok tak keluar dari rumah tu. tapi dia seolah tak kesah jew jika talak jatuh.
Dia keluar juga dari rumah malam kejadian tu. start dari malam tu aku langsung tak bercakap apa dengan dia. Esoknya ari isnin dia balik ke ipoh naik kereta dengan anak kecil ku. anak sulung aku tinggal dengan orang tua ku. Dan aku balik ke ipoh naik bas. kali ni aku nekad, apa nak jadi, jadi lah. aku tak akan mengalah dan tak akan buang ego aku seperti mana sebelum2 ni.
Buat isteri ku, aku tau kamu baca coretan ni. Jika allah dah takdirkan jodoh kita sampai di sini, aku redha dengan ketentuan allah. cuma nasihat aku tok kamu, walau besar mana gaji kamu, jangan lah kamu lupa yang mana Syurga seorang isteri di bawah telapak kaki suami. hormati lah suami kamu walaupun dia tak sesempurna yang kamu mahukan or harapkan. alam rumah tangga penuh dengan liku2 berduri..
Sahabat2 krt, wajarkah perbuatan aku ni yang mana aku tak akan rujuk kembali dengan isteri aku tu. aku dah tawar hati dengan sikap dia yang mana kalau dia salah, tak pernah nak pujuk or minta maaf. Lagi dia dok ajak bergaduh lagi. aku dah penat nak jaga hati orang lain. Sedangkan hati aku takda sapa yang jaga. aku dah tawar hati dengan sikap ego dia yang tinggi selama ni.




