Asalamualaikum admin, jarang lelaki nak meluah di krt ni kan? Aku sebagai lelaki akan meluah disini, kisah kami yang agak panjang. Dan aku harap warga krt dapat meluangkan masa dalam 5 minit untuk membaca luahanku ini.. Aku seorang angota adan beruniform. Aku kerja ketika berusia 20 tahun dan sekarang umurkan mencecah 40an. Aku masa umur 20 tu aku kenal dengan seorang wanita. Masa tu dia berumur 16 tahun. Dia sudah tidak bersekolah, masa tu dia kerja sebagai pelayan di sebuah restoran. Aku suka tengok dia min, masih muda sudah berdikari..
Aku mula usik dia, pertama sekadar kawan main2 je min, tapi serius aku menang tak pernah sentuh mana2 wanita. Azam aku min, aku hanya nak kenal 1 perempuan saja untuk dijadikan peneman hidup.. aku tak pernah nyatakan kalau aku suka dia. Kami keluar sekadar makan2 dan jalan2.. Sampai lah 3 tahun kami kenal. Aku nyatakan hasrat kalau aku menyukai dia, namun aku masih tidak mampu untuk nikahi dia, kerana gaji aku masih terlalu kecil min, dalam 1k lebih je masa tu, oh ya lupa, aku kerja pakai spm je min. Gaji dan pangkat rendah masa tu. Dan dalam masa yang sama. Aku bekerja sambil belajar. Aku ambil degre..
Teman wanita aku min, dia sangup terima aku. Dengan syarat aku mau masuk ke agama dia. Sebab masa tu aku bukan islam min. Dia juga anak yatim piatu itulah dia seorang wanita yang berdikari.. semasa dia berumur 18 tahun. Aku dah mampu beli rumah, walaupun kecil tapi boleh lah. Dan kereta aku hanya mampu beli kereta kancil.. sebelum tu aku pakai motor..
Selama kami kenal. Aku tak pernah sentuh dia min, tiba lah masa yang di tunggu. Kami sah bergelar suami isteri. Disini lah kehidupan kami di uji. Dengan gaji ku yang kecil, nak bayar loan rumah dan loan kereta. Tapi rezeki datang bila isteriku di sah kan hamil. Dan aku dinaikkan pangkat dari pangkat paling rendah kepada pangkat kopral. Alhamdulillah min.
Selepas kelahiran anak pertama kami. Aku sudah habis belajar dan aku menerima sijil degre. Inilah yang ku tunggu2. Selepas itu isteriku di sah kan hamil anak nombor 2. Bukan setakat itu min, aku juga diterima temuduga untuk jadi pegawai. Alhamdulillah. Rezeki melimpah ruah.. tiba lah masa nya aku kena menghadiri kursus pegawai selama 9 bulan masa tu..
Oleh kerana isteri dan anakku di rumah tiada kawan. Jadi aku minta isteriku tinggal bersama ibuku. Isteriku masak d dapur lain dan ibuku masak di dapur lain.. aku tak sangka min. Selama 9 bulan. Ibuku mendera isteriku secara mental min.. dan aku tak tahu masa aku pergi kursus rupanya isteri ku hamil anak ke 3 kami dan rupanya isteriku kegu guran di rumah ibuku..
Tapi ibuku paksa isteriku untuk rahsiahkan semuanya.. ibuku dendam pada isteriku, sebab gara2 isteriku. Aku bertukar agama dan tinggal kan ibu padahal ibu sudah memilih kan aku calon isteri. Ibuku menghina isteriku, katanya isteriku orang miskin yang di kutip dari tong sampah. Namun begitu, ibu ku sangat sayang pada anak anakku..
Pernah sekali. Ibuku sengaja ambil semua duit belanja isteriku min. Sampai isteriku tidak dapat beli apa2. Dan ibuku tidak beri isteriku makan. Hanya anak2 ku saja diberi makan. Semua ni adik aku yang cerita pada aku min. Sebab adik aku kesian pada isteriku. Ya Allah aku tak sangka min ibuku seperti itu..
Tiba lah masa aku habis kursus.. 9 bulan lama nya aku tinggal kan isteriku min. Masa tu aku belum tahu hal sebenar. Aku terkejut bila lihat isteriku kurus. Yang teramat. Bila aku tanya isteriku tak beri tahu.. aku ok je min.. tapi bila aku tahu dari adik ku. Aku marah ibuku min. Aku cakap pada ibuku. Aku tak akan pijak rumah tu lagi. Ya Allah berdosa kah aku?
Tiba lah masa tu kami di transfer ditempat baru.. masa tu banyak duit yang perlu kami pakai. Barang semua beli baru, walaupun gaji dah cecah 5k sebulan. Tp tetap tak cukup min. Sewa rumah je nak dekat 1k. Belanja2 dapur semua. Anak2 minum susu. Gaji bulan2 tak cukup min. Oleh kerana terlalu stress. Aku jadi panas baran.
Bila aku tertekan. Aku salahlan isteri aku min. Bagi aku dia satu beban. Kena lagi dia hamil anak no 4 kami. Yang no 3 sudah tiada min. Aku rasa beban makin bertambah. Sampai satu tahap. Aku pkul isteri aku untuk lepas kan geram.. selepas ank no 4 lahir. Aku rasa terbeban sangat min. Gaji tak pandai cukup. Hari2 ada je nak beli.. kami selalu gaduh..
Bila susu anak habis Aku marah isteri aku Kenapa tak beri anak susu badan Isteri aku kekeringan susu min. Mungkin isteriku jarang makan makanan yang berkhasiat min.. Ya Allah kejam nya aku.. sampai lah satu saat..isteriku tiba2 pengsan. Aku tak tahu apa punca nya. Isteriku selalu sakit2. Aku rasa dia cukup membebankan aku min.. Bila aku cek di hospital. Doktor cakap isteri aku letih2. Aku tak syak dia letih min. Walaupun aku macam ni. Bila off day aku jaga anak..aku kemas itu ini. Semua kerja aku bantu kecuali masak je sebab aku tak pandai masak..
Sampai lah 3 bulan isteriku makan kurus min. Aku tak tahu isteriku kenapa.. sampailah aku bawa isteriku jumpa doktor pakar. Ya Allah isteriku kena kanseer min. Dah tahap 3 dan hampir ke tahap 4.. cepat2 aku suruh doktor rawat isteriku sampai sembuh min.. Aku ambil cuti panjang. Aku jaga isteriku. Aku bawa isteriku pergi kimo, rambut isteriku mula gugur. Lama kelamaan rambut isteriku habis. Selepas isteriku kena operation. Kanseer tu merebak lagi. Doktor sah kan isteriku sudah tidak dapat di rawat dan hanya tinggal 1 tahun je isteriku dapat bertahan. Ya Allah rasa gugur jantungku min..
Saat tu juga aku insaf min. Aku minta ampun dengan isteriku. Aku jaga dia, selama setahun aku tak kerja, aku cuti tanpa gaji. Aku buat bisnes online je. Aku buat blogger dengan duit tu lah aku sara keluarga. Aku dirumah je jaga bini dan aku.. isteri aku makin kurus.. kesihatan dia makin merosot. Hari2 aku mandikan isteri aku. Aku basuh kaki dia. Aku angkat dia ke tandas. Aku jaga dia min..
Kadang2 aku menangis sendiri. Mengenangkan dosa aku min. Dulu masa dia sihat. Aku abaikan dia. Aku tak hargai saat2 dia sihat. Aku selalu minta ampun pada dia min. Tapi katanya dia tak berdendam sebab sayangkan aku. Hanya satu pintanya. Jaga anak2 kami. Jangan biar org buat jahat pada anak kami. Ya allah. Aku tak mahu dia cakap macam tu. Sebab aku yakin dia tak apa2.
Bermacam2 cara min. Aku usaha untuk pulihkan isteri aku. Namun doktor tetap sah kan kalau isteriku sudah tidak dapat di selamatkan lagi.. aku dah hilang akal min. Aku redha jika ini ketentuan Allah min. Akhirnya setahun sudah berlalalu. Isteriku sudah tiada min.. aku redha jika ini ketentuan nya.. maaf kan aku..




