Assalamualaikum admin . Mohon siarkan ini agar menjadi pengajaran buat wanita diluar sana . Saya gunakan akaun kawan saya. Saya pernah bercinta dengan seorang lelaki , saya ketika itu berumur 20 tahun manakala lelaki tu berumur 24 tahun . Bercinta lebih kurang 2 tahun , saya tinggal di KL manakala lelaki itu di Sepang . Dalam masa 2 tahun hubungan lebih 20 kali pernah berjumpa . Dia layan saya dengan baik . Lelaki tu pun dah jumpa dengan mak saya sebab nak pergi ke langkah yang seterusnya (tunang) .
Lelaki ni memberi saya harapan yang tinggi . Dengan ayat manisnya . Allahu . Berjanjikan bintang dan bulan. Pada suatu hari ada satu panggilan dari seorang wanita Dia memarahi dan mema ki hamun saya mengatakan saya merampas suaminya . Saya terkejut , dan saya tak sangka saya ditipu hampir 2 tahun bercinta . Wanita itu beritahu dia sedang mengandungkan anak lelaki itu (7 bulan) dah masa tu . Dia isteri sah lelaki itu .
Saya tidak tahu nak kata apa apa . Saya ditipu . Saya minta lelaki itu jelaskan pada saya sama ada perkara itu benar atau tidak . Akhirnya dia mengaku , dia cakap saya terlalu baik . Lelaki tu cakap bila dia menyuruh isterinya bertudung tapi isterinya tak mahu , suka menengking dan memaki hamun lelaki tersebut . Dia bagitahu isterinya suka keluar malam bersama rakan rakan lelaki yang lain . Isterinya jugak tidak menyediakan makan pakai lelaki tersebut , setiap hari dia akan makan di kedai mamak .
Dia akui jatuh cinta pada saya sebab setiap kali jumpa saya akan bawa bekalan dari rumah yang saya sendiri masak . Saya pun membuat keputusan tinggalkan lelaki tersebut . Tak perlu dengar apa apa penjelasan lagi . Salah tetap salah . Hampir 3 tahun perkara ini menjadi pengajaran untuk saya , sekarang saya dah berjumpa dengan lelaki bujang yang sejati . Doakan saya , inshaa Allah bulan 10 tahun depan saya akan mendirikan masjid Allah SWT . Saya harap Allah swt akan memaafkan saya . Saya tiada niat hendak bercinta dengan lelaki orang .




